Penyanyi dan usahawan, Ariz Lufias meluahkan rasa kesal dengan tindakan sesetengah netizen yang membuat perbandingan dirinya dengan para peniaga kek tapak kuda yang lain di media sosial.
Mahu Berniaga Dengan Aman Dan Santai
Arif Lufias menerusi hantaran di TikTok, menjelaskan bahawa dirinya boleh mempromosikan produknya sendiri tanpa menjatuhkan orang lain dan hanya mahu menjalankan perniagaan secara aman dan santai.
“Baru beberapa hari meniaga kek tapak kuda dah mula ada kejadian yang kurang manis berlaku..
Saya mohon sangat jangan tag nama saya dekat peniaga kek tapak kuda yang lain. Sebab perkara itu boleh mendatangkan ‘bad vibe’ pada saya. Sememangnya saya hanya menumpang rezeki dan ‘hype’ kek tapak kuda ini.
InsyaAllah saya boleh promote produk saya tanpa menjatuhkan orang lain. Jagalah hati sesama kita. Saya nak meniaga dengan aman dan santai.”-tulis Ariz Lufias
@arizlufias Ada sesiapa yang meniaga kek tapak kuda tak dekat sini? Boleh komen di video ni. Mana tau ada rezeki kalian disini? InshaAllah. Terima kasih pada siapa yang dah review kek tapak kuda saya. Terharu! Serius. Mana yang terkurang tu saya minta maaf ya? Saya akan improve lagi inshaAllah. 🥹🙏🏻 #kektapakkudabyarizlufias #kektapakkuda #dessert #foodie #easyrecipe
“Saya Yakin Niat Kalian Baik, Tapi…”
Mengakui tindakan yang dilakukan hanya berniat baik, namun bagi Ariz, ia boleh mendatangkan mudarat kepadanya serta rasa bimbang jika ada pihak yang kurang senang dengannya.
https://www.tiktok.com/@arizlufias/video/7319002113340722433
Apa komen anda?