Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Mohon Janganlah Banding-Bandingkan Kami Kerana…”-Datin Alyah

    “Mohon Janganlah Banding-Bandingkan Kami Kerana…”-Datin Alyah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nama penyanyi legenda Indonesia yang juga juri tetap program realiti All Stars Gegar Vaganza, Hetty Koes Endang menjadi bualan netizen di media sosial selepas membandingkan kualiti persembahan Siti Nordiana yang menyanyikan lagu Kisah Hati dengan nyanyian penyanyi asal, Datin Alyah di pentas akhir ASGV yang berlangsung di Axiata Arena, baru-baru ini.

    Terkedu Berdepan Situasi ‘Mengejutkan’

    Datin Alyah menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia akui terkedu apabila berdepan situasi berkenaan ketika hadir untuk memberikan sokongan buat rakannya yang menyanyikan lagunya, Kisah Hati.

    “Seperti mana semua tahu, saya jarang datang nak tonton GV secara live. Adakala dengan jadual jemputan nyanyian yang kebetulan kena pada hari yang sama.

    Tapi malam tadi saya hadir memang untuk support sahabat saya yang menyanyikan lagu saya. Walaupun dikejutkan dengan situasi yang agak buat saya terkedu sehingga saya tak tahu nak react macam mana dan hanya manpu tersenyum.”-tulis Alyah

    Dalam pada itu, penyanyi asal Kisah Hati ini turut meminta orang ramai untuk tidak mengkritik Siti Nordiana serta tidak berbalah sesama kelab peminat masing-masing di media sosial.

    “Saya repost semua yang DM  dan tag nama saya sebab sokongan korang terhadap saya buat saya sebak. Terima kasih banyak-banyak, cuma saya mohon sangat jangan condemn sahabat saya dan bergaduh sesama fans club ya. Mohon sangat.”-tambah Alyah

    “Mohon Janganlah Banding-Bandingkan Kami Kerana Kami Saja Tahu…”

    Menyifatkan setiap penyanyi akan berusaha yang terbaik untuk setiap nyanyian mereka, Datin Alyah memohon pihak terlibat untuk menghargai usaha serta tidak dibanding-bandingkan kerana ia merupakan suatu perkara yang sangat menyakitkan.

    Apa komen anda?


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts