Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, December 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMOMMYPUFF: Karipap Pusing Yang Bukan Sekadar Tradisi, Tapi Menjadi Pilihan Ramai!

    MOMMYPUFF: Karipap Pusing Yang Bukan Sekadar Tradisi, Tapi Menjadi Pilihan Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Siapa yang tak kenal dengan karipap pusing? Kudapan tradisional ini sememangnya dekat di hati rakyat Malaysia, tak kira usia. Tapi, apa yang membuatkan karipap pusing jenama MOMMYPUFF lain daripada yang lain?

    Diberi sentuhan moden, rasa premium, dan berkualiti tinggi, di sinilah keunikan Karipap Pusing MOMMYPUFF menyerlah, menjadikannya istimewa.

    KD Food Industries Sdn Bhd, syarikat di sebalik jenama MOMMYPUFF, adalah pengeluar karipap pusing yang berpusat di Taman Desa, Jalan Klang Lama. Syarikat ini telah beroperasi selama lebih 4 tahun, dengan jenama karipap mereka dijenamakan semula pada Mei 2024 sebagai MOMMYPUFF.

    Apa yang buat MOMMYPUFF istimewa? Mereka menawarkan empat variasi inti yang pasti memenuhi selera ramai iaitu daging, ayam, kentang, dan sardin.

    Menurut Puan Siti Hajar Mohd Tahir, pengarah urusan KD Food Industries, impian untuk memastikan tradisi makanan tempatan kekal relevan telah menjadi pemangkin kepada MOMMYPUFF.

    “Karipap ni memang makanan kegemaran rakyat Malaysia, tapi kami nak lebih daripada itu. Kami pastikan setiap produk dibuat dengan bahan segar, resipi tradisional, dan teknik moden. Hasilnya, karipap berkualiti tinggi yang sesuai untuk semua jenis acara, termasuk kenduri besar,” kongsi Puan Siti Hajar.

    Jelasnya lagi, “Sebagai seorang ibu yang menghargai tradisi, saya sentiasa mencari cara untuk menghubungkan warisan budaya kita dengan citarasa moden. MOMMYPUFF lahir daripada keinginan ini – membawa kembali kenangan lama dalam setiap gigitan.”

    Oleh sebab itu MOMMYPUFF menggabungkan teknik tradisional dengan pendekatan moden bagi memastikan setiap karipap kekal dengan rasa aslinya.

    Keunikan Produk MOMMYPUFF terletak pada bahan yang premium

    Apa yang benar-benar membezakan MOMMYPUFF ialah komitmen mereka terhadap bahan premium. Semua bahan yang digunakan adalah segar dan berkualiti tinggi, memastikan inti yang padat rasa dan kulit yang rangup sempurna, tanpa bahan pengawet.

    ALSO READ:  Anak Kongsi Pelbagai Kejadian Dan Tak Mahu Pulang Rumah Bapa, Bekas Madu Miera Leyana Tuntut Hak Anak

    Setiap lapisan kulit karipap pusing MOMMYPUFF pula dihasilkan dengan teknik lipatan khas, memberikan tekstur rangup dan rasa yang konsisten di setiap gigitan.

    Ini kerana, mereka menggabungkan rasa homemade dengan kualiti profesional, menjadikan setiap karipap sempurna untuk dinikmati di rumah atau di majlis istimewa.

    Perjalanan membina MOMMYPUFF

    Membangunkan MOMMYPUFF bukan perjalanan yang mudah. Dari memastikan kualiti konsisten hingga memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, setiap cabaran telah menjadi peluang untuk belajar dan berkembang.

    ”Permintaan dan cadangan pelangan diambilkira untuk membangukan MOMMYPUFF.

    Namun, setiap langkah adalah peluang untuk belajar dan berkembang. Sokongan daripada pelanggan dan komuniti adalah nadi MOMMYPUFF. Setiap tempahan dan kata-kata semangat menjadi inspirasi untuk kami terus menghasilkan yang terbaik,” ujar Puan Siti Hajar.

    Strategi MOMMYPUFF penuhi permintaan tinggi

    Memenuhi permintaan tinggi tanpa menjejaskan kualiti bukan tugas mudah, tapi MOMMYPUFF ada strateginya.

    Selain itu, syarikat ini turut mempertimbangkan kerjasama dengan OEM untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran tanpa menjejaskan kualiti, dengan matlamat utama memberikan yang terbaik, termasuk bagi tempahan berskala besar.

    “Sehingga kini, kami telah menghasilkan lebih dari 16 ribu biji karipap pusing setiap hari untuk pelanggan setia kami melalui pengedaran secara ejen dan stokis di seluruh negara.

    95% pelanggan kami bersetuju bahawa MOMMYPUFF adalah pilihan utama untuk karipap pusing – kerana tekstur kulit yang rangup dan inti yang kaya rasa.

    Kami sangat berbangga dapat menjadi pilihan utama untuk majlis perkahwinan, dengan lebih 20 tempahan besar diterima setiap bulan,” tambahnya.

    Untuk terus mengukuhkan jenama, MOMMYPUFF berusaha mengekalkan kualiti dan keunikan produk mereka. Fokus juga diberikan kepada strategi pemasaran digital, termasuk penggunaan kod promosi untuk menarik lebih ramai pelanggan.

    ALSO READ:  Sering Berdepan Dengan Ujian Yang Sama, Oktovia Manrose Harap Aliff Aziz Dapat Hidayah

    Dalam tempoh lima tahun akan datang, MOMMYPUFF bercadang untuk berkembang melalui model francais. Namun, buat masa ini, tumpuan utama adalah menstabilkan aliran tunai dan memaksimumkan potensi setiap cawangan yang ada.

    Jadi, kalau korang nak rasa sendiri keistimewaannya, apa tunggu lagi? Cepat dapatkan Karipap Pusing MOMMYPUFF hari ini dengan menghubungi atau Whatsapp 0133500495 dan nikmati kudapan tradisional dengan sentuhan premium!

    Oh ya, mereka juga sedang mencari ejen. Sekiranya korang berminat, sila hubungi nombor Whatsapp di atas.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts