Pelakon Mona Allen memberitahu kejadian menerima mesej berbaur lucah di media sosial bukan pertama kali berlaku.
Bukan first time
Mona atau nama sebenar Munna Hafiraneza Allen, 39, berkata, dia sudah lali dengan perkara itu dan memilih untuk mengabaikannya.
Saya boleh sahaja sekat orang yang mesej itu, tetapi ini bukan pertama kali berlaku dan bukan pertama kali saya dapat mesej begini. Saya lali dah.
Dalam pada itu, Mona memberitahu, dirinya pernah ditawarkan wang berjumlah RM1 juta dan kondominium mewah sekiranya ‘memuaskan’ nafsu individu yang menghantar mesej lucah tersebut.
Ada yang pernah tawarkan saya sejuta ringgit, ada yang nak bagi kondominium dan kereta.
Saya itu saya balas sebab nak jadikan pengajaran kepada semua supaya jangan mudah tertipu.
Terdahulu, Mona berkongsi tangkap layar mesej yang diterima seorang individu menawarkan sejumlah wang sekiranya aktres itu ‘melayan’ dia melalui panggilan video selama lima minit.