Pelakon Mona Allen mendedahkan mesej berbaur lucah yang diterima di platform media sosialnya.
Mesej lucah
Menerusi hantaran di Instagram Story, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen mendedahkan direct mesej (DM) yang dihantar oleh seorang individu.
Berdasarkan DM tersebut, individu berkenaan telah menawarkan sejumlah wang kepada aktres berusia 37 tahun itu untuk menemaninya melakukan hal yang tidak senonoh menerusi panggilan video.
Nak ajak video call sebenarnya, tapi benda tak baik la. Cuma tengok sahaja, bukan buat sekali.
Saya bayar sekali video call RM4,000, tapi ini rahsia kita.
Walaupun pelakon drama Dear Cinta itu berkeras menolak tawaran tersebut namun individu berkenaan masih lagi mencuba dengan menawarkan harga yang lebih tinggi.
Cuma tengok sahaja RM7,000.
RM10,000? Cuma lima minit. RM15,000. Okay last, RM20,000 boleh?