Pelakon dan usahawan, Mona Allen tampil bersuara selepas salah seorang followers di media sosialnya meminta agar Mona menasihati suaminya, Pekin Ibrahim untuk tidak menjadi batu api terhadap rumah tangga rakan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura yang sah bercerai talak satu, baru-baru ini.
“Salam sis, tolong nasihatkan suami sis tu jangan la jadi batu api, dia hanya kenal Fattah sebagai kawan, tapi yang tidur sebantal dan serumah dengan Fattah tu Fazura bukan dia.
Kita orang luar bukan tahu pun apa yang terjadi antara mereka berdua sebagai suami isteri. Tak perlu nak backup siapa-siapapun dalam hal rumah tangga orang.”-tulis seorang netizen kepada Mona menerusi DM
“Apa Yang Suami Saya Katakan Tentang Fattah….”
Tidak berdiam diri, Mona Allen menerusi hantaran di Insta Stories, mempertahankan tindakan suaminya yang berkata perkara yang baik mengenai Fattah dan bukanlah menghina aktor tersebut.
“Saya bukan penasihat suami saya. Lantak la dia nak tulis apa. Yang kau kisah satu Malaysia fikir pasal diorang kenapa eh?
Batu api? Apa yang batu api saya tak faham. Bukankah di dalam Islam, kita harus berkata yang elok-elok dan baik-baik sahaja? Apa yang suami saya katakan tentang Fattah, adakah ianya satu penghinaan?.”-tulis Mona Allen di Instagram
Berhenti Menjadi ‘Terpaling Tersakiti’
Tambahnya lagi isteri kepada Pekin ini turut menitipkan pesanan buat pihak terlibat untuk tidak terpaling fanatik sedangkan tidak pernah mengenali pelakon tersebut.
“Senang cakap, yang tahu, tahu. Yang tak tahu, tak kenal, tak pernah jumpa, tak pernah bercakap, tak pernah video call, tak pernah mesej, tak pernah makan sekali.
Tak payah aching tau, terpaling tersakiti, terpaling suka, terpalig fanatik. Main jauh-jauh eh.”-titip Mona Allen
Apa komen anda?