Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMona Allen, Zahirah Macwilson & Dayana Roza Antara 7 Selebriti Selebriti Bakal...

    Mona Allen, Zahirah Macwilson & Dayana Roza Antara 7 Selebriti Selebriti Bakal Timang Cahaya Mata 2024

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiap pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga semestinya mahu melengkapkan lagi bahtera yang dibina dengan kehadiran cahaya mata.

    Tahun baru 2024 baru sahaja membuka tirainya, berikut kami shortlist beberapa selebriti yang bakal menimang cahaya mata pada tahun ini.

    Ryan Bakery

    Jika mahu diikutkan kiraan, isteri kepada pempengaruh media sosial, Ryan Bakery iaitu Elyia Ibrahim bakal melahirkan cahaya mata sulung dalam masa terdekat.

    Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram Elyia, turut mendedahkan dirinya yang bakal melahirkan bayi lelaki pada awal 2024.

    Ryan dan Elyia Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022 selepas lima bulan bertunang.

    Dayana Roza

    Pelakon, Dayana Roza juga antara selebriti yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

    Pada Oktober lalu, Dayana mengumumkan khabar gembira mengenai dirinya yang sarat hamil lima bulan dan bakal menimang cahaya mata lelaki.

    Sekadar info, Dayana berkahwin dengan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan, A’dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020 selepas lima bulan mengikat tali pertunangan.

    Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Astris Raheeya yang kini berusia tiga tahun.

    Caprice

    Penyanyi rap, Caprice berkongsi khabar gembira mengenai isterinya, Farra Inalis yang bakal menimang cahaya mata pertama.

    Pada September 2023, Caprice berkongsi khabar gembira kepada media tempatan bahawa isterinya disahkan hamil lima bulan.

    Untuk rekod, Caprice dan Farra Inalis mendirikan rumah tangga pada 15 November 2021.

    Farra juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu, iaitu Aleesya Sofea yang kini berusia 10 tahun.

    Yana Samsudin

    Tidak pernah berniat merahsiakan kehamilan, pelakon, Yana Samsudin mendedahkan dirinya bakal melahirkan cahaya mata ketiga pada penghujung Januari atau awal Februari tahun ini.

    ALSO READ:  Raf Yaakob Beri ‘Hint’ Bertemu Kekasih, Netizen ‘Geram’ Dengan Plot Twist!-“Baru Nak Broken…”

    Menerusi kenyataan kepada media tempatan, dia dan suami yang juga pelakon, Fadzil Zahari tidak kisah mengenai jantina anak kerana sudah dikurniakan sepasang cahaya mata.

    Yana Samsudin dan Fadzil Zahari berkahwin pada Februari 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.

    Daler Yusuf

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts