Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMuak Cerita Penyondol Dan Masalah Rumah Tangga, Uyaina Mahu Mengetahui Lebih Info...

    Muak Cerita Penyondol Dan Masalah Rumah Tangga, Uyaina Mahu Mengetahui Lebih Info Berkaitan Agama

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad, menyuarakan rasa bosannya terhadap gelombang berita berkaitan dengan isu kecurangan dan kisah penyondol yang hangat diperkatakan dalam media sosial baru-baru ini.

    Rasa muak itu, katanya, timbul setiap kali dia melayari media sosial yang seringkali memaparkan berita-berita berkaitan dengan kontroversi rumah tangga artis tempatan.

    Dalam satu rakaman TikTok, Uyaina mengutarakan keresahannya terhadap gelombang berita yang sama yang terus-menerus mengisi ruang berita dalam platform tersebut.

    “Saya sudah bosan dengan berita yang sama. Asyik-asyik cerita mengenai isu penyondol. Asyik-asyik berita pasal curang dan rumah tangga orang. Bila hendak habis ini? Berapa ratus episod?” katanya dengan nada kesal.

    Bagi mengatasi rasa bosannya itu, Uyaina memilih untuk melihat kandungan berkaitan agama berbanding cerita kontroversi selebriti tempatan. Dia turut berkongsi nasihat kepada pengikutnya untuk juga menyibukkan diri dengan aktiviti yang lebih bermakna.

    “Pelik, buka Instagram, TikTok dan aplikasi X cerita yang sama. Tahun bila nak habis ini? Penatlah, baik buka kandungan mengaji al-Quran. Lebih bagus kan?” katanya.

    Walaupun meluahkan rasa kesal dengan menggunakan bahasa ‘F’, Uyaina juga mencuri perhatian dengan kelancarannya dalam menggunakan bahasa tersebut. Teruja dengan kebolehannya menggunakan bahasa F dengan lancar, netizen tidak terkecuali dari memberikan pujian dan sokongan kepada selebriti itu.

    “Ingatkan Uyaina cakap dengan bahasa Turki atau Sepanyol, rupa-rupanya bahasa F. Seronok tengok dia lancar guna bahasa F. Ini bahasa rahsia zaman sekolah!” komen seorang pengikut.

    Bahasa F, yang popular pada tahun 1990-an, sering digunakan untuk berbual tentang perkara yang enggan diketahui oleh pihak lain. Namun, dalam kes ini, ia digunakan sebagai alat untuk meluahkan rasa kesal yang dialami Uyaina.

    ALSO READ:  [VIDEO] Khairul Aming Dapat ‘Green Light’ Ambil Barang Di Mydin Untuk Bantu Mangsa Banjir
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts