Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMuat Naik Foto Puteri Sarah & Bella Astillah Di IG, Kapsyen Patimah...

    Muat Naik Foto Puteri Sarah & Bella Astillah Di IG, Kapsyen Patimah Ismail ‘Mereka Yang Teraniaya Oleh Perampas’ Curi Tumpuan!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa simpati terhadap bekas menantunya Puteri Sarah Liyana dan juga aktres Bella Astillah yang berdepan dengan isu pergolakan rumah tangga.

    Sokong Puteri Sarah & Bella

    sarah bella 1sarah bella 1

    Terbaharu, Patimah memuat naik hantaran di Instagram Story (IG), yang memaparkan foto Puteri Sarah dan Bella Astillah bersama anak perempuan mereka iaitu Sumayyah dan Ara Adreanna.

    Paling mencuri perhatian adalah kapsyen yang ditulis oleh Patimah tentang ujian rumah tangga yang menimpa kedua-dua pelakon itu.

    Mereka-mereka yang teraniaya oleh perampas.

    Dalam pada itu, Patimah juga sering mendapat perhatian warganet yang rata-rata menyifatkannya sebagai seorang ibu mentua terbaik berikutan tidak menyebelahi kesilapan anaknya.

    Terdahulu, Puteri Sarah yang merupakan salah seorang teman baik Bella dilihat sering memberi kata-kata semangat dan menasihati pelakon berasal daripada Negeri di bawah bayu itu.

    Puteri Sarah juga turut bersimpati dengan Bella berikutan mereka menimpa nasib yang sama di dalam perkahwinan. Justeru, Puteri Sarah pernah berjanji untuk sentiasa membantu dan berada di sisi sahabatnya itu dalam apa jua keadaan.

    Untuk info, Bella dan Aliff Aziz akhirnya bercerai buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 13 Jun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, serta Ara Adreanna, 4.

    Manakala Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu. Mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

    ALSO READ:  Mak Mentua Saya Faham Industri Kerana Beliau Juga Seorang Pemain Industri - Elisya Sandha
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts