Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMuat Naik Kisah Sang Nenek Terlalu Obses Dengan Wanita Cantik Di Instagram,...

    Muat Naik Kisah Sang Nenek Terlalu Obses Dengan Wanita Cantik Di Instagram, Aliff Aziz Letak ‘Disclaimer’ Tidak Ada Kena Mengena…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, kembali mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik sebuah kisah mengenai ‘sang nenek’ di Instagram Story miliknya, semalam.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Ruhainies Anggap Dakwaan Bertunang Dengan Aliff Aziz Merepek – ‘Bertunang? Tak Akan Berlaku’

    Artikel berkaitan: Ruhainies Nafi Datang Bersama Aliff, Senyum Sebab ‘Excited’ Nampak Rakan Media – ‘Saya Tak Pandai Berlakon Menangis Depan Kamera’

    Kisah sang nenek

    Menerusi posting tersebut, Aliff Aziz berkongsi sebuah kisah mengenai seorang nenek tua yang terlalu obses dengan seorang wanita cantik. Lebih menarik, kisah tersebut turut menceritakan bahawa penyakit hati akan wujud sekiranya sikap obses itu terlalu berlebihan. Bukan itu sahaja, sifat dendam, cemburu dan tidak sedar diri juga akan mula menguasai diri.

    Kisah yang dikongsikan pelantun suara ‘Sayang Sayang’ ini lebih mencuri perhatian apabila terdapat ‘disclaimer’ di bahagian bawah kisah tersebut. Meskipun ia tidak ada kena mengena dengan mereka yang masih hidup ataupun yang telah mati, sudah pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa Aliff berkongsi kisah berkenaan di Instagram Storynya.

    Terdahulu, Aliff bersyukur apabila prosiding melibatkan kes khalwat dengan aktres Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu berjalan dengan lancar.

    Menurut Aliff, dia akan memberi sepenuh komitmen sepanjang kes khalwat dibicarakan di mahkamah. Tambah Aliff, dia menyangkal dakwaan mengenai hubungannya dengan Ruhainies berada dalam keadaan yang tidak baik.

    Sekadar info, Ruhainies dan Aliff Aziz yang terlibat dengan kes khalwat pada 9 Mac lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu tersebut.

    Aliff dan Ruhainies yang diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani telah membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz.

    ALSO READ:  Ibu Aliff Aziz Kongsi Hukum Pisahkan Anak-Anak Dengan Ibu Bapa Selepas Bercerai – ‘Talak Itu Antara Pasangan’

    Mahkamah menetapkan 17 Oktober 2024 sebagai tarikh seterusnya untuk prosiding dan bon jaminan RM1,500 dilanjutkan sehingga tarikh sebutan kes.

    Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts