Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMuat Naik Video Tak Tutup Aurat, Niat Sasha Abdul Aziz Kongsi Kisah...

    Muat Naik Video Tak Tutup Aurat, Niat Sasha Abdul Aziz Kongsi Kisah Penghijrahan Disalah Erti – ‘Aku Tak Rindu Pun Nak Seksi Balik’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz menerima kecaman daripada warganet susulan perkongsiannya di TikTok, baru-baru ini.

    Sasha dikecam ‘throwback’ imej seksi

    @sashaabdaziz_ Alhamdulillah for this journey??? #penghijrahan #berhijrah #hijrahjourney #fyp??viral ? original sound – Trends

    Menerusi hantaran tersebut, Sasha ‘throwback’ beberapa video memaparkan dirinya yang sebelum ini pernah menggayakan pakaian mencolok mata sebelum mengambil keputusan untuk mengenakan hijab.

    Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang kurang bersetuju dengan tindakan Sasha. Mereka berpendapat, Sasha tidak sepatutnya berkongsi semula foto dirinya yang tidak menutup aurat walaupun ketika itu dia belum berhijrah, kerana perbuatan tersebut hukumnya adalah haram.

    ‘Aku tak rindu pun nak seksi balik’

    @sashaabdaziz_ Harini ootd daripada @DewiDiary cntik kan??? #penghijrahan #berhijrah #hijrahjourney #fyp??viral #ootd #ootdhijab ? original sound – Sashaabdulaziz

    Susulan daripada itu, Sasha akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung perkongsiannya itu. Dia memberitahu niatnya membuat hantaran tersebut hanyalah untuk berkongsi kisah penghijrahannya kepada orang ramai.

    Aku tak ada rindu pun nak seksi balik. Aku nak bercerita macam mana aku berhijrah. Korang pun tahu kan aku dulu memang seksi.

    Macam mana aku boleh berhijrah? Awal tahun ni aku dan keluarga aku pergi umrah, sampai dekat sana aku dapat hidayah aku dekat sana. Masa pergi umrah tu, aku nak dapatkan ketenangan dan doa untuk kekayaan tapi sampai sana, doa aku banyak ke arah menutup aurat.

    Dalam pada itu, Sasha akui meskipun dia belum mampu menutup aurat dengan sempurna namun dia cuba memperbaiki dirinya menjadi lebih baik.

    Balik daripada umrah sejak Mac, dan sehingga sekarang dah Oktober aku masih berhijab. Aku sentiasa ilmu pengetahun dan cari guru untuk mengajar. Aku tak pernah putus asa untuk mencari ilmu tentang agama Islam.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa agar Sasha kekal istiqomah dalam menutup aurat dan menjadi wanita muslimah.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Kami Dikhianat’ – Shikin Maembong Menangis Barang Niaga Dipulangkan Dalam Keadaan Teruk

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts