Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMuaz Zabir Bidas Komen Netizen Isu Kontroversi Rumah Tangga Bella & Aliff?

    Muaz Zabir Bidas Komen Netizen Isu Kontroversi Rumah Tangga Bella & Aliff?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon dan pengacara, Muaz Zabir tampil membidas komen salah seorang netizen berhubung kontroversi yang melibatkan dirinya bersama pelakon, Bella Astillah.

    Muaz, menerusi hantaran di Instagram, Muaz dilihat sedang memasang sebuah televisyen di rumah. Difahamkan, Muaz sedang ‘mencuri hati’ ibunya yang masih marah mengenai kontroversi berkenaan.

    “Sesi permohonan maaf kepada mak tercinta ❤️❤️ Kene sambung nanti time raya sebab marah dia tak habis lagi tu 😩 doakan saya selamat sepanjang berada di kampung nanti 🥹.”-kapsyen Muaz di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Muaz zabir (@muaz.zabir)

    Peminat Beri Kata Sokongan!

    Di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan kata-kata sokongan buat Muaz, malah ramai yang berpuas hati dengan penerangannya ketika ditemubual Melodi.

    “Dah tgok dah iv melodi . Sangat matured dia punya penerangan. Jangan risau risau netizen tak kecam dan tak marah pun. Kiteorang just marah ruhainis dgn alif je.”

    “Muaz, Bella.. saya faham tujuan awak dan bella buat macam tu hanya sebab nk tolong bella jeles kan aliff agar aliff pandang pada bella kan. Saya salute keberanian awak mengaku salah. Jangan risau. Ramai yg tak marahkan awak kalau mereka paham tujuan awak buat cmtu. cuma ia satu kekhilafan yang harus diperbaiki dan dijadikan pengajaran.”

    Ada Yang Masih Persoal Tindakan Muaz?

    Di sebalik ramai yang menyokong, tetap ada yang mempersoalkan tindakan Muaz yang didakwa berhubungan dengan wanita berstatus isteri orang, iaitu Bella Astillah.

    “Apa pun explanation kau, niat tak menghalalkan cara bro,hukum tetap haram kau bersentuhan berpeluk dan ada hubungan dengan bini orang. kau dah tahu married dia tu toxic kau masok campur juga, apa ingat zaman sekolah² ke guna alasan mau kasi cemburu? 🤣🤣🤣.”-komen salah seorang netizen

    “Dan Aku Pun Dah Mengaku…”

    Tidak berdiam diri, Muaz tampil membidas komen netizen berkenaan dengan menegaskan bahawa dia sudah pun mengaku berada di pihak yang salah serta membuat permohonan maaf kepada pihak terlibat.

    “Betul bro aku tak nafikan apa kau cakap. Tapi aku nak bagitau apa yang aku cerita tu bukannya aku nak jadikan alasan. Tapi pengajaran buat yang lain bro.

    Dan aku pun dah mengaku aku berada di pihak yang salah dan dah minta maaf dah pun. Aku doakan kau dengan keluarga kau terhindar dari malapetaka ini.”-balas Muaz

    Apa komen anda?

    ALSO READ:  UNIQLO Perkenal Koleksi Edisi Terhad Marimekko Summer 2024



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts