Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMuaz Zabir Doa Bella Temui Kebahagiaan, Tak Tolak Jika Ditawarkan Berlakon Bersama...

    Muaz Zabir Doa Bella Temui Kebahagiaan, Tak Tolak Jika Ditawarkan Berlakon Bersama – ‘Berkawan Tak, Bergaduh Pun Tidak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Muaz Zabir akui bahawa dia tahu mengenai perceraian Bella Astillah dan Aliff Aziz yang berlangsung pada Khamis namun tidak mengikuti secara dekat perkembangan kes tersebut.

    ‘Saya doakan Bella supaya menemui kebahagiaan’

    Ketika ditemui majlis pelancaran drama bersiri Viu yang berjudul Bawah Payung Awan, Muaz atau nama lengkapnya, Muaz Mohamad Zabir, 27, berkata, dia terlalu sibuk dengan urusan kerjanya sehingga tidak mempunyai masa untuk membuka media sosial.

    Tambahnya lagi, ada perkara yang lebih penting perlu diselesaikan berbanding memberi perhatian kepada isu tersebut.

    Saya sibuk menjalani penggambaran. Ini pun saya minta pihak produksi lepaskan saya untuk datang ke majlis ini dan selepas itu saya akan bergegas ke Genting Highlands menyambung penggambaran.

    Tapi saya tahulah mereka sudah bercerai sebab orang sekeliling bercakap mengenainya.

    Bagaimanapun Muaz mendoakan yang terbaik buat Bella dan keluarganya dalam mengharungi dugaan yang mendatang ini.

    Mungkin takdir yang ditentukan itu adalah yang terbaik untuk kita. Saya tidak tahu nak rasa kasihan atau sebaliknya. Tapi saya doakan Bella supaya menemui kebahagiaan dan berjaya mengharungi cabaran hidup selepas ini.

    Seperti mana yang kita tahu, dia seorang wanita yang kuat. Saya harap semua doakan yang terbaik buatnya.

    Sementara itu, apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Bella, Muaz berkata mereka berdua telah membawa haluan masing-masing.

    Saya dan Bella sudah mengambil keputusan untuk mengikuti jalan masing-masing. Apa saja isu mengenai rumah tangga Bella dan Aliff, saya ambil keputusan untuk mendiamkan diri.

    Saya tidak mahu kenyataan saya diolah dan diputar belit oleh mana-mana pihak.

    Dalam pada itu, Muaz berkata, dia tidak menolak dan bersikap profesional sekiranya digandingkan dengan Bella dalam sebarang projek selepas ini.

    Kami berkawan pun tidak, bergaduh pun tidak, hubungan kami professional dan hanya berkaitan soal kerja. Lagipun industri ini kecil saja. Kalau digandingkan sekali pun nanti, kami akan bersikap profesional dan hanya fokus pada urusan kerja sahaja.

    Saya tak tahu apa yang akan terjadi, saya hanya ‘go with the flow’. Apa saja yang saya hadapi selepas ini saya akan lalui dengan lebih tenang.

    Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya, Aliff Aziz cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.

    ALSO READ:  [VIDEO] Main Piano Lagu ‘Golden Hour’, Pengawal Kesalamatan Dapat Perhatian JVKE – ‘Dia Baru Belajar Dari YouTube’

    Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts