Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMuaz Zabir Kongsi Peribahasa, Tiada Niat Perli Sesiapa – ‘Andai Terasa, Ini...

    Muaz Zabir Kongsi Peribahasa, Tiada Niat Perli Sesiapa – ‘Andai Terasa, Ini Cara Perbaiki Diri’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Muaz ZabirMuaz Zabir

    Pelakon, Muaz Zabir menegaskan petikan peribahasa yang dikongsikan di Instagram Story miliknya baru-baru ini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

    Sekadar berkongsi

    Muaz ZabirMuaz Zabir

    Menurut Muaz, niat asalnya adalah untuk orang ramai mengambil pengajaran di sebalik maksud yang tersirat dalam petikan peribahasa tersebut.

    Bagaimanapun kata Muaz, seandainya ada pihak yang terasa mereka boleh memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

    Untuk peribahasa itu saya tidak berniat untuk tujukan kepada mana-mana pihak. Perkongsian itu lebih kepada umum yang mana mungkin orang ramai boleh ambil iktibar daripada maksud peribahasa tersebut.

    Andai ada yang terasa, mungkin ini cara untuk perbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik dari masa ke semasa.

    Justeru niat saya untuk kongsikan maksud sebenar peribahasa itu supaya tiada yang salah faham. Yang pertama lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang. Ini bermaksud sifat seseorang yang rasa dirinya sentiasa betul, tetapi orang lain salah.

    Kedua, rebung tak miang, bemban pula miang. Rebung dan bemban ini adalah sejenis pokok. Maksudnya janganlah berlebih-lebih tentang satu perkara sedangkan tiada kena mengena dengan kita.

    Seperti kera dapat bunga, tetapi keluar pula sungai. Maksud ini pula, apabila dapat tahu sesuatu berita yang tidak tahu kesannya, sedangkan akibatnya nanti adalah perkara yang buruk.

    Seterusnya, orang banyak berbisik, gajah berlalu. Bermaksud kita tidak mampu untuk menghentikan apa yang orang cakap fasal kita. Terus melangkah dengan jalan yang betul.

    Terdahulu, nama Muaz dikaitkan menjalin hubungan sulit dengan aktres, Bella Astillah.

    Bella menerusi satu temu bual mengaku dirinya berskandal bersama Muaz dengan alasan ingin membuat suaminya, Aliff Aziz berasa cemburu.

    ALSO READ:  Syatilla Melvin Dedah Bayi Syifa ‘Tunjuk Isyarat Jari Tengah’?, Netizen Terhibur!-“Jari Tu Kenapa..”

    Muaz kemudian tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui khilafnya berbuat demikian dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts