Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, January 9, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMuaz Zabir Simpan Duit Untuk Kegunaan Hari Tua, Rancang Buat Bisnes Sebagai...

    Muaz Zabir Simpan Duit Untuk Kegunaan Hari Tua, Rancang Buat Bisnes Sebagai ‘Back Up’ – ‘Saya Ambil Iktibar Dengan Nasib Beberapa Artis Veteran’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Mengambil iktibar dengan nasib beberapa artis veteran, pelakon Muaz Zabir memberitahu dia perlu mempunyai simpanan yang cukup untuk kegunaan di hari tua.

    Cukupkan simpanan

    Muaz, 28, berkata, dia perlu berkerja keras membanting tulang empat kerat dan mengumpul duit sementara usianya masih muda.

    Saya kerjaya ‘back to back’ untuk kumpul duit dan memastikan simpanan saya cukup untuk digunakan pada hari-hari tua.

    Saya ambil iktibar terhadap apa yang berlaku dengan nasib beberapa artis veteran.. Saya tak mahu meminta sumbangan atau bantuan disebabkan tidak mempunyai wang yang cukup nanti.

    Selagi saya mampu kerja di usia muda, saya akan kerja sehabis baik. Tidak kisah ‘job’ yang saya terima itu kecil atau besar, saya terima sahaja.

    Sekurangnya ada juga ‘income’ untuk saya membayar komitmen dan tambah dalam tabung simpanan.

    Muaz berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sesi penggambaran bagi mempromosikan sebuah drama arahan Erma Fatima yang diadakan di Seri Pentas, Bandar Utama, Kuala Lumpur, pada Selasa.

    Dalam pada itu, Muaz memberitahu, dia bercadang untuk memiliki sebuah perniagaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

    Saya ada target sendiri, lagi lima tahun akan datang umur saya 33, jadi saya mahu ada satu perniagaan.

    Jenis perniagaan itu saya tak putuskan lagi, tapi memang nak ada satu bisnes. Kerana bisnes boleh dijadikan ‘back up’.

    Kerja pelakon ini bukan setiap masa orang mahu gunakan khidmat. Contohnya lagi beberapa tahun akan datang saya tidak lagi relevan, setidaknya sudah ada perniagaan sebagai sumber pendapatan.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Syafi Tee Pilih Bersendirian, Ingin Menumpu Pada Diri Sendiri – ‘Saya Lebih Pilih Tidak Bergaul’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts