Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMufti Pulau Pinang Mengingatkan Umat Islam Untuk Tidak Terlalu Buta Nasab Terhadap...

    Mufti Pulau Pinang Mengingatkan Umat Islam Untuk Tidak Terlalu Buta Nasab Terhadap Rasulullah Tanpa Penelitian Yang Teliti

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini, tular satu dakwaan mengatakan seorang lelaki warganegara Maghribi yang dikenali sebagai Mawla Mohamed Amin al-Hassani telah memperdaya masyarakat Malaysia dengan menyebarkan berita mengatakan dirinya mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

    Terbaharu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor tampil memberikan komennya berhubung perkara tersebut.

    Jangan terlalu taasub

    Memetik laporan Berita Harian, Wan Salim menitipkan pesan agar umat Islam di Malaysia tidak terlalu taasub dengan dakwaan seseorang itu daripada nasab Rasullullah SAW dan sewajarnya melakukan penyelidikan latar belakang seseorang ulama atau kumpulannya terlebih dahulu.

    Tambah Wan Salim, seseorang yang berketurunan mulia juga tidak akan memberi sebarang manfaat kepada seseorang, jika dia merupakan seorang yang tidak taat kepada ajaran agama yang telah disampaikan Rasulullah SAW.

    Saya menyokong nasihat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar) supaya masyarakat mengelak daripada sikap taasub secara buta tuli kepada seseorang yang mendakwa sebagai keturunan Nabi Muhammad.

    Sikap taasub sedemikian menyebabkan fikiran seseorang tertutup daripada melihat kebenaran.

    Mengulas lebih lanjut, Wan Salim mendedahkan bahawa beliau pernah bersetuju untuk menyertai satu majlis selawat nabi bersama individu berkenaan kira-kira dua tahun yang lalu.

    Namun, memilih untuk membatalkan kehadirannya selepas meragui kesahihan mengenai nasab keturunan Rasulullah yang didakwa individu tersebut selepas memperoleh maklumat daripada pelajar Malaysia di Maghribi.

    Seseorang yang mengaku dirinya mempunyai nasab tersebut perlu diminta supaya mengemuka dokumen yang sah daripada pihak berkuasa di negaranya seperti mahkamah, majlis agama Islam, atau persatuan ulama yang dikenali umum.

    Teradhulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihak mereka memantau kegiatan seorang lelaki warganegara Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai Mawla Amin yang mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad.

    ALSO READ:  Konon Mahu Menghentam Hamas Ketika Tayangan Dokumentari, Gal Gadot Hilang Sokongan Rakan Artis

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,261FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts