Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mengalami kecederaan parah akibat dipukul sekumpulan lelaki hanya kerana memiliki wajah yang tampan.
Dibelasah sebab terlalu kacak
Memetik laporan The Thaiger, mangsa yang dikenali sebagai Mooyong dikejarkan ke sebuah hospital di Thailand selepas berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Selepas menerima rawatan dan pulih, Mooyong menceritakan kejadian sebenar yang berlaku. Dakwanya, kejadian berlaku ketika dia dan rakan-rakannya dalam perjalanan ke kedai gunting rambut namun tiba-tiba sekumpulan lelaki yang terdiri daripada empat individu datang menyerangnya.
Keempat-empat suspek kemudian memberitahu bahawa mereka cemburu dengan kekacakan yang dimilik Mooyong sebelum mencabar Mooyong dan rakannya untuk bergaduh.Â
Difahamkan, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan penduduk setempat menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap kesemua pelaku. Malah ada dakwaan mengatakan keempat-empat pelaku pernah menyerang seorang lagi individu sebelum ini namun tiada sebarang tangkapan dibuat.