Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMuncul Dalam Muzik Video Bella Astillah, Netizen Puji Lakonan Sulung Syed Saddiq!

    Muncul Dalam Muzik Video Bella Astillah, Netizen Puji Lakonan Sulung Syed Saddiq!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini penyanyi Bella Astillah pernah diusik oleh peminat mengenai jodohnya bersama bekas Menteri Belia dan Sukan apabila netizen memperkatakan mengenai sikap mesra Syed Saddiq Syed dengan anak lelaki Bella, Ayden Adrean.

    Karya Paling Ikhlas Dihasilkan

    Terbaru Bella Astillah telah melancarkan muzik video lagu baharunya yang bertajuk Tapi Bukan Denganmu.

    Bella yang merupakan penulis lirik menganggap ia sebagai karya paling ikhlas pernah dihasilkan sejak menceburkan diri dalam nyanyian.

    Malah lagu tersebut membawa mesej kekeluargaan yang cukup padat dan sinonim dengan situasi masyarakat pada hari ini.

    Apa yang menarik dan menjadi perhatian netizen apabila penampilan istimewa Syed Saddiq sebagai pelakon dalam muzik video itu yang mana rata-ratanya amat mengalu-alukan kedatangan ahli politik tersebut ke dalam industri seni tempatan.

    Penampilan Pertama Sebagai Pelakon

    via Instagram Syed Saddiq

    Muncul di salah satu babak dalam muzik video tersebut, ia merupakan penampilan pertama Saddiq sebagai pelakon yang sebelum ini hanya dikenali dalam arena politik negara.

    Mengulas lanjut akan perkara itu, Bella menjelaskan bahawa dia dan Saddiq merupakan sahabat baik dan sering melakukan aktiviti rekreasi bersama.

    Melihat diruangan komen, rata-rata netizen gembira dengan penampilan Saddiq dalam muzik video tersebut.

    Malah ada juga yang mengelarkannya sebagai seorang yang sangat versatil dan boleh melakukan apa sahaja.

    Beberapa lagi pelakon terkenal turut terlibat sama dalam muzik video berkenaan antaranya, Mawar Rashid, Muaz Zabir, Ellie Suriyaty dan lain-lain.

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts