Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Mungkin Ada Benda Yang Amir Perlu Tengok Balik Pada Diri Dia..’ –...

    ‘Mungkin Ada Benda Yang Amir Perlu Tengok Balik Pada Diri Dia..’ – Fadhli Masoot

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Fadhli Masoot akui terkejut dengan kontroversi membabitkan rakan industri, Amir Ahnaf yang dikaitkan dengan dua wanita seperti yang hangat diperkatakan di media sosial, baru-baru ini.

    ‘Mungkin ada benda yang dia perlu tengok balik’

    Ketika ditemui , Fadhli atau nama lengkapnya Mohd Fadhli bin Masoot, 28, tidak mahu mengulas lebih lanjut berhubung perkara itu kerana ianya melibatkan hal peribadi Amir.

    Namun dia percaya, apa yang berlaku adalah ujian yang telah ditetap Allah SWT dan setiap individu termasuk Amir sendiri perlu mengambil pengajaran dan iktibar daripada kejadian itu.

    Saya terkejut sebenarnya bila tahu tapi saya fikir sesuatu benda tak akan terjadi kalau Allah SWT tak izinkan. Mesti ada sebab kenapa Allah SWT izinkan benda tu terjadi sekarang.

    Tapi apa saya boleh buat, tak akan nak berlebih-lebih bersuara. Itu hal peribadi dia.

    Mungkin ada benda yang dia perlu tengok balik atau orang sekeliling yang mengambil tahu mengenai perkara itu dan apa yang perlu dibuat.

    Apabila ditanya sejauh mana keakrabannya dengan Amir, Fadhli memberitahu mereka hanya rapat sebagai rakan industri dengan berkongsi mengenai dunia lakonan, berbanding soal peribadi.

    Secara peribadi saya hanya berkawan sebagai rakan industri. Nak cakap rapat, tidaklah terlalu rapat.

    Tapi kami banyak bercakap tentang perkembangan industri dan sepanjang perkenalan, dia pun tak bercerita mengenai hal peribadi dia, dengan siapa dia berkawan dan sebagainya.

    Saya tidak boleh terlalu bersuara atau mempertahankannya, cuma saya doakan yang terbaik buat dirinya.

    Fadhli berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media pementasan teater Andak Bertandak yang berlangsung baru-baru ini.

    Sekadar info, Fadhli Masoot bersama beberapa barisan pelakon hebat seperti Azhan Rani, Ellie Suriaty, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha, Riena Diana dan Razman Mahayuddin bakal beraksi di pentas teater Andak Bertandak.

    ALSO READ:  Kaki Dikepak Sehingga 90 Darjah, Doktor Pelatih Maut Dibunuh & Dirogol Selepas 36 Jam Bekerja Tanpa Henti

    Buat para peminat teater, jangan lupa saksikan teater Andak Bertandak bertempat di KLPAC pada 29 Ogos hingga 1 September ini.

    Anda boleh dapatkan tiket dengan harga bermula RM65, RM95, RM125, dan RM155 yang dijual secara atas talian di www.cloudjoi.com.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts