Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Murka Atau Cinta’ Hiasi Filem Anak Perjanjian Syaitan 2

    ‘Murka Atau Cinta’ Hiasi Filem Anak Perjanjian Syaitan 2

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    ‘Murka Atau Cinta’ nyanyian Puteri Khareeza telah dipilih untuk menjadi lagu soundtrack bagi filem terbaharu terbitan Dr. Ahmad Idham iaitu Anak Perjanjian Syaitan 2 yang bakal ditayangkan di pawagam sebagai tirai pembukaan tahun 2024.

    Sentuhan Amer Munawer

    Lagu ‘Murka atau Cinta’ merupakan hasil sentuhan Amer Munawer Yusoff, seorang komposer dan penulis lirik berpengalaman yang juga merupakan bekas anggota Ruffedge.

    Lagu ini berunsur kerohanian menceritakan tentang pilihan seorang hamba Allah yang perlu memilih sama ada ingin menjadi hamba yang dimurkai ataupun dicintai oleh Tuhan Yang Maha Pencipta.

    Idea lagu dan lirik ini tercetus apabila Amer Munawer telah dilamar oleh pengarah filem sekual Anak Perjanjian Syaitan 2 untuk menghasilkan lagu runut.

    Lagu Balada Yang Berunsurkan Kerohanian

    via Media Prima Television Networks

    Puteri Khareeza diberi tanggungjawab untuk membawakan lagu ini kerana suaranya yang unik dan tone suaranya yang sesuai untuk genre pop, R&B, balada dan soul.

    Lagu ini disiapkan sepenuhnya dalam jangka masa sebulan sahaja. Puteri telah memberi kerjasama dan komitmen yang sangat baik dan proses rakaman untuk lagu ini berjalan dengan sangat lancar.

    Lagu ini memang wajib didengar terutama bagi peminat Puteri Khareeza kerana ia adalah lagu balada yang berunsurkan kerohanian pertama daripada Puteri Khareeza.

    Tentunya lagu ini bakal menjadi hit sama seperti lagu ‘Duka Sebalik Tawa’ yang menjadi lagu runut bagi Melur Untuk Firdaus (TV3) pada Jun 2022 lalu dimana ia berjaya meraih 4.9 juta tontonan di YouTube sehingga kini dan mendapat capaian 380 juta di Tik Tok.

    Selesa Bekerjasama

    via NST

    Puteri Khareeza sangat selesa bekerjasama dengan Amer Munawer Yusoff dan ini memudahkan perjalanan rakaman di studio yang mengambil masa hanya 4 jam sahaja.

    ALSO READ:  Datuk Red Dapat Pinjaman Duit dari Adira, Beli Juadah Berbuka Puasa Untuk Keluarga – ‘Berkat Bantuan RM100’

    Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Murka Atau Cinta’ di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer.

    Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang Alternate Records & Talents, lawati YouTube rasmi di Alternate Records & Talents dan Instagram @alternate.my_.

    Related articles

    Follow Us

    20,240FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts