Pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad tampil membuat permohonan maaf berhubung kenyataannya ketika menjadi hos sebuah program hiburan baru-baru ini.
Nabil Ahmad, menerusi hantaran di Instagram dilihat memohon maaf kepada mana-mana pihak serta individu yang tersinggung dengan kata-katanya ketika bersiaran langsung di program terbitan sebuah syarikat swasta itu.
“Assalamualaikum semua. Saya Nabil Ahmad, di bulan yang suci dan mulia ini, ingin memohon maaf andai kata ada ayat saya yang mungkin mengundang rasa tidak selesa sesetengah pihak dan menyinggung mana-mana individu.
Saya akan cuba untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, salah dan silap itu dari diri saya sendiri.”-tulis Nabil
View this post on Instagram
“Kita Hanya Manusia…”
Menjengah ruangan komen, permohonan maaf pengacara ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah ramai yang menitipkan nasihat agar tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama.
“Boring lah bro. Asyik benda yang sama then ulang lagi.”
“Alhamdulillah. Belajar dari kesilapan. Semoga hari-hari akan datang Nabil akan lebih berhati-hati.”.
“Dah start lawak double meaning balik Nabil sekarang. Hari tu nampak juga ada berubah selit-selit tazkirah. Sekarang ni datang balik penyakit lama.”
“Kita hanya manusia yang tak lari dari kesilapan. Allah Maha Pengampun.”
“Please jangan sentuh wanita. Macam dekat The Hardest Show tengok abang Nabil bertepuk dengan Rina Nose. Tak manis. Abang Nabil dah pergi Haji.”
Apa komen anda?