Sebelum ini di media sosial menjadi kecoh apabila terdapatnya satu insiden apabila isteri kepada Nabil Ahmad, Zira dilihat tidak bertudung.
Video Rakaman Lama
Video tidak bertudung tersebut telah dimuat naik ketika Zira berada di luar negara bersama Nabil.
Dalam video tersebut, Zira hanya memakai topi berwarna hitam, dengan rambut panjangnya yang berwarna keperangan terlihat jelas.
Atas kejadian tersebut, Zira tampil menjelaskan insiden videonya tanpa mengenakan tudung yang tersebar di media sosial tahun lalu.
Zira berkata, video tersebut merupakan rakaman lama yang secara tidak sengaja dimuat naik oleh suaminya di Instagram Story, sebelum dia melakukan penghijrahan menutup aurat.
Nabil Tidak Mahir Media Sosial
Menurut Zira, Instagram sering mengeluarkan gambar lama (throwback) tanpa pemberitahuan, dan dia tidak tahu bagaimana Nabil boleh termuat naik video itu.
Zira menambah bahawa suaminya tidak begitu mahir dalam menggunakan media sosial dan dia sendiri yang mengendalikan Instagram Nabil.
Dalam pada itu, Nabil sendiri mengakui kesilapannya dan mengambil iktibar daripada kejadian itu.
Dia juga menjelaskan bahawa dia akan lebih berhati-hati menggunakan media sosial kerana risau anak-anak terkena tempias atas kesilapan yang dilakukan olehnya.