Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNabil Titip Ucapan Hari Jadi Buat Isteri, Kapsyen Raih Perhatian – ‘Kalau...

    Nabil Titip Ucapan Hari Jadi Buat Isteri, Kapsyen Raih Perhatian – ‘Kalau Ikutkan Hati You Dah Lama I Jadi Duda’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad memuat naik gambar mesra bersama isterinya, Zira Ayub menerusi hantaran di Instagram (IG).

    ‘Sannah helwah isteriku’

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

    Menerusi hantaran tersebut, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran yang ke-36 buat isterinya itu.

    Bekas Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun 2008 ini mendoakan agar isterinya itu diberikan kesihatan dan kekuatan berpanjangan.

    Sannah helwah wahai biniku, Zira Ayub. I doakan Allah beri you kesihatan berpanjangan supaya you ada kekuatan untuk jaga mak dan abah you dan boleh terus jadi adik kesayangan abang dan kakak you.

    Dann semoga Allah terima semua amalan you untuk jadi bekalan di akhirat.

    Dalam pada itu, Nabil turut menitipkan ucapan terima kasih buat Zira kerana menerima dirinya seadanya sebagai seorang suami.

    Terima kasih terima aku sebagai suami, kalau ikut kan hati you dah lama I jadi duda tapi Alhamdulillah Allah letak kesabaran dalam hati.

    I dan anak-anak syukur sangat kita masih bersama berlima dan insya-Allah kalau you sabar sikit lagi sampai kita tua ya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat Zira dan mendoakan agar perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

    Sekadar info, Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 30 November 2011 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nayla Mikayla, Leyla Medyna, dan Mishall Imani.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Permintaan Fahdli Masoot kepada isteri untuk masak telur masak kicap semasa sahur
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts