Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNabila Huda Idam Dapur Gas & Peti Sejuk Berharga Seperti Sebuah Rumah...

    Nabila Huda Idam Dapur Gas & Peti Sejuk Berharga Seperti Sebuah Rumah Banglo

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kejayaan dalam bidang lakonan tidak datang dengan mudah. Nabila Huda terkenal sebagai seorang yang gigih dan bersemangat, sering komited untuk memberikan yang terbaik dalam setiap peranan watak yang dipegangnya. Dedikasinya untuk mendalami watak dan menyelami emosi yang mendalam, menjadikannya seorang pelakon yang dihormati oleh rakan seperjuangannya. Dalam sorotan yang sentiasa tertumpu kepada dunia lakonan, Nabila Huda menampilkan sisi lain dirinya yang mungkin tidak ramai orang tahu. Minat mendalamnya terhadap dalam masakan. Ketika sibuk berlakon, Nabila Huda menemui kegembiraan dalam menyediakan hidangan lazat yang menambat selera peminatnya. Dapur di rumah Nabila Huda bukan sahaja menjadi tempat mencipta hidangan lazat, tetapi juga pentas kebahagiaan keluarga. Kemesraan yang tercipta di sekeliling meja makan menjadi bukti bagaimana Nabila Huda menganggap memasak sebagai cara mengeratkan hubungan kekeluargaan. Nabila Huda percaya untuk menghasilkan hidangan yang lazat, peralatan memasak yang berkualiti tinggi adalah kuncinya. Di laman Instagramm dia berkongsi beberapa foto rekaan dapur dan peti sejuk yang menjadi idamannya iaitu dari jenama SMEG.
    SMEG, jenama Itali yang mewah dan inovatif, telah menjadi ikon dalam industri perabot dapur sejak penubuhannya pada tahun 1948. Terkenal dengan reka bentuk ikoniknya, SMEG telah membawa sentuhan kesenian dan keanggunan kepada dapur rumah di seluruh dunia.
    View this post on Instagram
    Hasil tinjauan kami, dapur dan peti sejuk SMEG yang berkolabrasi dengan jenama terkenal Dolce & Gabbana ini hampir mencecah RM200k. Salah satu sebab utama SMEG dianggap mahal ialah keindahan setiap butiran dalam produknya. Reka bentuk estetik dan pemilihan bahan eksklusif yang lebih daripada sekadar alat memasak. SMEG mempersembahkan seni yang boleh dinikmati setiap hari di dapur. Walaupun mahal, adalah penting untuk mewujudkan keseimbangan antara bekerja keras dan menikmati hasilnya. Keputusan untuk membeli atau melabur hendaklah selaras dengan matlamat dan nilai peribadi anda, supaya keputusan anda boleh diarahkan dengan bijak.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts