Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNabila Huda Jarang Kongsi Video Masak, Sedang Alami ‘Midlife Crisis’? – ‘Rasa...

    Nabila Huda Jarang Kongsi Video Masak, Sedang Alami ‘Midlife Crisis’? – ‘Rasa Rengsek Dengan Semua Benda’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Nabila Huda tampil memberi penjelasan punca dirinya jarang berkongsi tentang aktiviti memasak di media sosial.

    Artikel berkaitan: Nabila Huda Dakwa Pihak Produksi Menipu, Putar Belit Cerita – ‘Bila Masa Pernah Berbincang & Tiada Kata Sepakat?’

    Artikel berkaitan: ‘Lihat Apa Moral & Pengajaran Yang Ingin Disampaikan, Bukan Babak Kontroversi’ – Nabila Huda

    Kena turunkan berat badan

    Menerusi perkongsian di TikTok, Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata, dia sedang cuba menurunkan berat badan bagi menjayakan sesebuah watak.

    Menurutnya, dia perlu mengawal pemakanannya memandangkan dia mempunyai masalah kesihatan untuk bersenam.

    Rindu tak tengok she (Abil) dekat dapur? Maaf lah lama tak ‘update’ sebab she tengah diet dan kawal makan ni untuk watak saya akan datang.

    Nak bersenam tak boleh lagi sebab pinggang saya and bahagian belakang tak okay lagi. Jadi kena turunkan berat badan dulu lepas itu nanti baru perlahan-lahan berlatih.

    Dalam pada itu, Abil juga memberitahu dia lebih banyak meluangkan waktu di rumah bersama keluarga kerana merasakan serba tidak kena dengan semua perkara.

    Entah la, akhir-akhir ni she tengah mood malas dengan semua benda. Rasa rengsek dengan semua benda. Malas nak jumpa orang. Malas nak bercakap hanya nak lepak duduk rumah dengan kucing-kucing saya dan luangkan masa dengan keluarga je paling buat saya gembira.

    Selain itu, saya macam benci, tengok media sosial pun saya rasa mual. Tak pasti apa yang berlaku kepada saya. Midlife crisis ke ek? Adakah saya makin tua?

    Kata Abil, dia mungkin merasakan malas gara-gara watak yang bakal dilakonkan yang memerlukannya untuk menurunkan berat badan.

    Hmmm rasanya sebab kurang makan ni lepastu she lapar, she ‘overthinking’, she tak happy. Drama gila kan? Tapi apa boleh buat, demi kerja kan. Sabar tau, she akan kembali ceria balik nanti lepas dah capai berat badan ideal untuk ‘Kalsom’.

    ALSO READ:  Dua Mayat Dipercayai Ibu & Anak Ditemukan Dalam Longkang, Suami Ditahan Bantu Siasatan

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts