Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNabila Huda Nasihat Pelakon Baharu Jangan Terlalu ‘Manja’, Kenyataan Buli Di Set...

    Nabila Huda Nasihat Pelakon Baharu Jangan Terlalu ‘Manja’, Kenyataan Buli Di Set Penggambaran Rosakkan Nama Industri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nabila HudaNabila Huda

    Susulan isu buli di set penggambaran, pelakon Nabila Huda menasihati pendatang baharu supaya tidak memberi sebarang kenyataan yang boleh memberi impak negatif terhadap industri seni tanah air.

    Nama indsutri rosak

    Nabila HudaNabila Huda

    Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, berkata, tindakan tersebut seperti membuka pekung sendiri kepada khalayak umum.

    Tegasnya, setiap anak seni terutama bergelar pelakon termasuk dirinya berusaha keras untuk menempa nama dalam industri.

    Jangan bawa perkara negatif yang berlaku di set keluar, selalunya di set okay sahaja. Jangan keluarkan kenyataan yang boleh orang luar pandang tidak baik tentang industri kita.

    Setiap pelakon bersungguh-sungguh untuk bina nama, semua sayang dengan kerjaya mereka. Jangan disebabkan kenyataan anda itu buat orang pandang buruk dengan kami (pelakon).

    Berhenti buka pekung sendiri kepada orang luar, jangan biar orang pandang buruk pada kita.

    Nabila berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di set penggambaran filem Gayong yang diadakan di TUDM, Sungai Besi pada Isnin.

    Cari kerja lain

    Tutur Nabila lagi, dia langsung tidak terkesan dengan kenyataan yang dibuat seorang aktor apabila mendakwa berlaku isu buli oleh pelakon senior terhadap pelakon baharu di set penggambaran.

    Pada pendapat anak kepada penyanyi Datuk Amy Search itu lagi, sekiranya tidak bersedia menjadi pelakon lebih baik mencari kerjaya lain.

    Saya tidak terkilan kerana saya tidak baca fasal itu dan kenyataan yang dibuat itu sampah. Benda personal tidak patut dikeluarkan.

    Isu buli tidak berlaku pun di set. Selalunya kami semua gembira sahaja. Mungkin orang itu yang saya rasa tidak bersedia untuk jadi pelakon. Lebih baik anda cari kerjaya lain, pergi jadi influencer.

    Mungkin anda tidak sesuai bekerja dengan abang dan kakak di set penggambaran kerana pemikiran anda berbeza dengan kami. Mentaliti anda bukan mentaliti orang seni.

    Menganggap pelakon zaman kini terlalu manja, Nabila berkata, dia juga pernah dimaki oleh pengarah suatu ketika dahulu, namun tidak menyimpan rasa marah. Sebaliknya menganggap itu sebahagian daripada proses pembelajaran.

    Saya rasa budak zaman sekarang terlalu manja, tidak kuat menghadapi cabaran dan kesusahan. Ujian yang mereka kena buat jadi kuat.

    Saya pernah lalui situasi dimaki oleh pengarah. Maki pun bukan dimaki yang biasa, sampai kena carut. Kalau budak sekarang kena, silap-silap pengarah itu sudah masuk penjara.

    Apa yang berlaku di set penggambaran adalah pengalaman untuk setiap pelakon. Tanpa pengalaman itu mereka tidak berada di satu tempat yang lebih baik.

    Anggap pengarah atau krew di lokasi sebagai ibu bapa kita marah kita. Mereka marah untuk naikkan semangat kita sebagai seorang manusia.

    Menerusi filem Gayong, Nabila menbawa watak Che Som yang merupakan isteri kepada watak Meor yang dilakonkan oleh Beto Kusyairy.

    ALSO READ:  Melinda Looi Lancar Koleksi Aidilfitri 2024 Dengan ‘Cabaya’ & ‘Mell Raya Asal Usul’

    Gayong merupakan naskhah yang menceritakan tentang silat seni gayong yang diasaskan oleh Datuk Meor Abdul Rahman.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts