Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali berkongsi rasa sebak terhadap sebuah video yang tular di media sosial mengenai hamba Allah yang berada dalam kesusahan.
Akui Sangat Sensitif & Emosi
Nabila Razali atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali menerusi Insta Stories, menyatakan bahawa dirinya kini menjadi sangat sensitif dan beremosi apabila tular hal yang berkaitan anak-anak, orang kurang upaya di media sosial.
“Kebelakangan ni, Bella sangat sensitif, emosi. Mudah tersentuh dan menangis. Lebih-lebih lagi lalu video yang berkaitan hal anak, isu buli, orang kurang upaya, semua lah.”-kongsi Nabila di Insta Stories
Titip Doa
Dalam pada itu, penyanyi ini turut menitipkan doa agar dia menjadi seorang insan yang bersyukur dengan nikmat Allah serta orang ramai yang berada dalam kesusahan untuk terus kuat.
“Ya Allah, jadikanlah aku orang yang bersyukur dengan nikmatMu.
Semoga saudara ku di luar sana yang dalam kesusahan, dilanda ujian terus kuat. Bella doakan supaya dipermudahkan segala urusannya di dunia dan akhirat.”-titip Bella
Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) dari segi penglihatan sedang mendukung anak mereka ketika berada di dalam sebuah rel pengangkutan awam.
View this post on Instagram
Sekadar info, Nabila Razali mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember 2024.