Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNabila Razali Memperlihatkan Sisi lain Dalam Karier – ‘Bukan Lagi Seorang Gadis...

    Nabila Razali Memperlihatkan Sisi lain Dalam Karier – ‘Bukan Lagi Seorang Gadis Manis!’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Terkejut dan macam tak percaya! Itulah ungkapan yang dikeluarkan oleh netizen apabila penyanyi, Nabila Razali mendedahkan identitinya sebagai Teratai dalam program realiti hiburan The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4), semalam.

    Karakter yang berbeza

    Mana taknya, keyakinan diri Nabila Razali sebagai penyanyi dilihat semakin meningkat selepas menyertai program tersebut. Menerusi temu bual bersama Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 32, berkata, menerusi pentas berkenaan dia mula sedar bahawa dirinya mempunyai alter ego atau karakter berbeza yang secara langsung membentuk personalitinya.

    Tambah Nabila, dia berjaya keluar daripada zon selesa untuk cuba menyanyikan lagu pelbagai genre.

    Kalau sebelum ini saya menyanyi genre lagu yang sama, tetapi kali ini saya dapat menari dan boleh ‘gedik’ di atas pentas. Perkara yang saya tak pernah buat lagi. Lagipun peminat selalu ingat saya seorang yang ‘sweet girl‘ jadi di sebalik maskot ini saya dapat terokai sisi lain Nabila Razali.

    Pada masa yang sama, Nabila memberitahu bahawa penonton sudah mula membuka mata dengan kemampuan vokal dimiliki meskipun berselindung di sebalik maskot Teratai.

    Saya rasa selama ini saya tidak berpeluang mempamerkan kemampuan diri tetapi mungkin kadang-kadang bila sudah ada peluang saya buat silap pula. Perkara ini diluar jangkaan. Saya mahu beri kredit kepada guru vokal saya iaitu Shafiq Erwin kerana berjaya membentuk saya untuk menjadi lebih baik.

    Saya tidak cakap saya sudah bagus, banyak lagi saya perlu belajar. Program ini setiap minggu ada cabaran untuk saya. Antaranya menyakinkan penonton dan mampu memberikan persembahan dengan baik.

    Ujar Nabila lagi, dia sudah mempunyai keyakinan diri untuk membawa pelbagai jenis genre lagu dan berharap dapat meluaskan lagi karier dalam bidang nyanyian.

    Bila sudah menyanyi pelbagai genre sudah tentu saya rasa yakin yang sebenarnya saya boleh menyanyi dengan baik. Mungkin selama ini saya malu atau tidak yakin dengan diri sendiri.

    Di akhir temu bual, Nabila berkata rakan-rakanya seperti Amira Othman dan Ara Johari tidak tahu mengenai penyertaannya dalam program tersebut meskipun ketiga-tiga mereka berada di pentas yang sama musim ini.

    Kami tak tahu. Cuma Amira ada usik dan tanya, saya dalam Teratai? Saya tak jawab apa-apa. Saya terkejut juga masa dia kena dedah identiti sebagai cili dan Ara pun ada sekali.

    ALSO READ:  [VIDEO] Wanita Bukan Menantu Pilihan, Hampir Lumpuh Disihir Mentua – ‘Setiap Hari Mimpi Kena Patuk Ular’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts