Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali berkongsi khabar gembira apabila dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama setelah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November tahun lalu.
Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali turut menitipkan ucapan terima kasih buat semua pihak yang mendoakan buatnya yang bakal melahirkan cahaya mata pertama pada Januari 2025 ini.
“Nik & Bella jr. is on the way! .Alhamdulillah terima kasih buat kalian yang mendoakan.”-kongsi Nabila di Instagram
View this post on Instagram
“Dah Agak Dah…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat meluahkan rasa teruja, malah ada yang sudah dapat mengagak penyanyi Peluang Kedua ini sudah berbadan dua.
“Nikflix 😂🎀.”-Hanis Zalikha
“Awwwww awww aku dah agak dah!!!!❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️.”-Ain Edruce
“Alhamdulillah , enjoy the pregnancy journey Bella. Semoga sihat selalu , tak sakit sakit badan dan senang je nak deliver nanti 💕.”-Elfira Loy
“Dah agak dah hehehe ❤️ Congrats kakak so happy for you 🥰😘.”-Wani Kayrie
“Congratulations babe! Yayyy welcome to parenthood😍❤️.”-Syifa Melvin
“Comelnya poster! Congratulations babe!.”-Puteri Aishah
“Macam ni jugak senang, orang dah perasan baby bump, terus umum. Supaya org boleh doakan yg terbaik. Dipermudahkan urusan💞.”
“2 kali terserempak pasal sama appointment date, dengan doc yang sama 😁.”
Sekadar info, Nabila Razali mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan Nik Izani dalam majlis pernikahan di sebuah resort di Bukit Tinggi, Pahang.