Perjalanan seninya bermula ketika menjadi juara program realiti popular dan dari situ, bintang bernama Nadeera mula bersinar.
Hadiahkan Single Terbaru
Setelah muncul dengan beberapa single dan terbaharu menerusi single ‘Balik Raya’ bersama Wani Kayrie dan Indah Ruhaila di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, kini Nadeera tampil kembali menerusi lagu terbaharunya berjudul ‘UDARA’.
Lagu ini hasil ciptaan komposer yang semakin meningkat naik, Iqie Hugh, Shazeriq Azeman dan Omar K juga diterbitkan oleh label terkemuka tanah air, Rocketfuel Entertainment.
Menurut Nadeera, dia sangat teruja apabila dipilih oleh pihak Rocketfuel Entertainment sebagai pembawa suara runut bunyi bagi drama bersiri berjudul ‘FRAMED’ yang akan ditayangkan tidak lama lagi bermula 3 Mei 2024.
Tambahan pula, lagu ini mempunyai auranya yang tersendiri.
Ada Cerita Disebalik Lagu
Jalan cerita bagi single ‘UDARA’ ini pula mengisahkan tentang seseorang yang mencari jawapan ke atas kehilangan insan yang disayangi dan secara tidak langsung terlibat dalam sebuah konspirasi yang merujuk kepada jalan cerita di sebalik drama bersiri ‘FRAMED’.
Nadeera berharap agar semua pendengar dapat menerima lagu UDARA ini dengan sebaiknya, dan semoga lagu dan bait liriknya mendapat tempat di hati para peminat di Malaysia khususnya.
Lagu ‘UDARA’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala lirik video ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network bermula 22 April 2024.