Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNadia Brian Mahu Hidup Berpasangan – ‘Nak Anak & Bahagia Berumah Tangga...

    Nadia Brian Mahu Hidup Berpasangan – ‘Nak Anak & Bahagia Berumah Tangga Hingga Hujung Nyawa’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nadia BrianNadia Brian

    Pelakon Nadia Brian memberitahu dia tidak berasa rimas mahupun penat apabila sering diajukan pertanyaan mengenai jodoh.

    ‘Mahu jodoh’

    Nadia BrianNadia Brian

    Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 33, berkata, dia menyifatkan segala pertanyaan tersebut sebagai satu bentuk doa untuknya.

    Saya tidaklah rimas, sebab benda itu macam orang nak ambil tahu, mestilah sudah tentu nak minta juga orang lain tolong mendoakan.

    Bagus juga bila orang tanya, supaya orang boleh doakan semoga saya dapat jodoh yang baik, dapat anak serta berbahagia hingga hujung nyawa. Saya nak bahagia seperti itu. Jadi saya tak kisah orang bertanya.

    Itulah lumrah kehidupan. Biasalah namanya manusia mesti nak berpasangan, berumah tangga, dan ada anak. Jadi, tak ada masalah pun kalau orang asyik bertanya dan saya anggap ia sebagai doa. Tapi bila orang tak tanya nanti pelik pula orang tak tanya kan.

    Nadia berkata demikian ketika ditemui pada sidang media sekuel filem Duyung iaitu Duyung: Lagenda Aurora yang diadakan di Wetland Studio, Putrajaya, pada Selasa.

    Dalam pada itu, Nadia berkata, dia tidak menafikan ada lelaki yang ingin berkenalan dengannya, namun memilih untuk memberi fokus kepada karier seni dan menguruskan perniagaan.

    Saya tak nafikan banyak jugalah menerima direct message di Instagram daripada mereka yang mahu berkenalan, berkawan. Tapi, saya ini sangat sibuk bekerja sekarang.

    Jadi, saya tak tahulah siapa boleh bersama dengan saya yang selalu sibuk ini. Saya kena hadkan waktu jugalah apabila sudah sampai tahap usia tertentu.

    Tapi jujurnya saya belum bertemu lagi. Sudah tentu kita mahu yang terbaik untuk kita, kita mahu hubungan berpanjangan jadi insya-Allah doa yang baik-baik.

    Sekadar info, Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan Muizz Nasruddin pada November 2019, namun perkahwinan hanya bertahan empat bulan dan mereka berpisah pada April 2020.

    ALSO READ:  Da’i Syed Menangis Dipenjara 10 Tahun & 3 Sebatan Kerana Merogol, Sempat Peluk Isteri Berpantang

    Dalam perkembangan lain, Nadia bakal muncul dalam filem Duyung: Lagenda Aurora yang bakal memulakan penggambaran pada 13 September hingga 13 Oktober 2024. Filem ini dijangka menemui penonton di pawagam pada suku tahun ketiga 2025.

    Selain Nadia, Duyung: Legenda Aurora turut menampilkan barisan pelakon seperti Maya Karin, Saiful Apek, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yassin Senario, Datuk Yusry Abdul Halim, Anna Jobling, Kumpulan Zero, Aniq Aqil dan Aidilia Hilda.

    Untuk rekod, filem Duyung pernah memenangi Anugerah Khas Box Office di Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM 21) pada 2008.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts