Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNadia Brian Menangis Mendengar Tips Izzhar Nazri: Mudah Memaafkan Tetapi Tidak Melupakan

    Nadia Brian Menangis Mendengar Tips Izzhar Nazri: Mudah Memaafkan Tetapi Tidak Melupakan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Nadia Brian tidak dapat menahan air mata apabila mendengar tips untuk memaafkan seseorang oleh penceramah bebas iaitu Izzhar Nazri.

    Artikel berkaitan: #BestiesPapeRoger: Nadia Brian Kongsi ‘Journey’ Keluar Dari Stres Pascatrauma Akibat Keganasan Rumah Tangga Ibu Bapa

    Artikel berkaitan: ‘Ibu Didik Kami Adik Beradik Supaya Tidak Benci Ayah’ – Nadia Brian Berjaya ‘Switch’ Mental, Tak Simpan Dendam

    Sukar melupakan

    Menerusi temu bual di podcast CintaQuran, Nadia akui mudah memaafkan seseorang namun sukar melupakan perbuatan yang dilakukan terhadapnya.

    Sebagai contoh, ibu bapa saya bercerai daripada saya kecil. Saya membesar tanpa seorang ayah. Nak maafkan ayah tu, memanglah ayah kita maafkan tapi benda tu ada di dalam hati kita.

    Menjawab kepada persoalan Nadia, Izzhar menyatakan Allah dan Nabi tidak pernah meminta umatnya untuk melupakan cukup sekadar memaafkan.

    Ada orang dia rasa aku boleh maafkan tapi aku takkan boleh melupakan. Nabi tak pernah pun minta kita melupakan salah orang pada kita.

    Allah minta kita untuk memaafkan tapi tidak melupakan supaya kita belajar daripada silap kita yang dulu. Kita tidak lagi letakkan harapan pada manusia.

    Maafkan orang, Allah maafkan kita

    Menurutnya, Allah berfirman dalam surah An Nur bahawa memaafkan orang lain bermaksud Allah akan mengampunkan juga dosa kita.

    Dalam surah an Nur ayat 22, Allah kata sesiapa yang boleh memaafkan kesilapan yang orang dah buat pada dia dan berlapang dada, aku maafkan dia.

    Maknanya lagi besar sebenarnya Allah akan bagi pada kita syaratnya apa? Dengan memaafkan orang lain. Rupa-rupanya macam ni konsep dia.

    Kalau Allah tak izin dia takkan sakiti. Lidah yang cakap buruk pasal kita tu pun adalah dengan izin Allah.

    Berlapang dada

    Dalam pada itu, Izzhar memberitahu untuk berlapang dada dan maafkan orang yang sakiti kita bagi menjalani hidup yang tenang.

    Sebenarnya Allah sedang menjawab kita punya doa. Hari-hari kita minta Allah ampunkan kita.

    Ulama bagi tahu kalaulah amalan kita tidak dapat menjemput keampunan Allah, Allah akan hantar manusia untuk sakiti kita supaya bila kita maafkan orang yang sakiti kita tu Allah akan ampunkan kita.

    Hidup kita takkan tenang selagi kita nampak siapa sakiti kita. Kita akan mula lapang bila kita tahu siapa yang hantar orang ni. Tulah cara proses untuk kita nak memaafkan orang. It takes time tapi dia worth it.

    ALSO READ:  Zahirah MacWilson Mengalami Kesusahan 'Morning Sickness', Kurang Selera Makan & Sering Mengalami Pening Kepala

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts