Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNafi Culas Nafkah Anak, Hafidz Roshdi Tunjuk Bukti Transaksi Bank – ‘Pelaku...

    Nafi Culas Nafkah Anak, Hafidz Roshdi Tunjuk Bukti Transaksi Bank – ‘Pelaku Harus Malu Dengan Penipuan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    pelakon Hafidz Roshdipelakon Hafidz Roshdi

    Setelah sekian lama mendiamkan diri, pelakon Hafidz Roshdi akhirnya bersuara berhubung dakwaan dirinya culas nafkah anak.

    Tunjuk bukti

    pelakon Hafidz Roshdipelakon Hafidz Roshdi

    Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 30, menyifatkan tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata.

    Dalam pada itu, Hafidz turut menjelaskan bahawa dia tidak lupa akan tanggungjawabnya kepada anak-anak.

    Selama ini saya memilih untuk berdiam diri tapi bila perkara ini sudah menganggu kerja saya, saya pilih untuk mempertahankan hak saya demi menjaga nafkah anak-anak saya.

    Kenyataan mengatakan saya culas dan tidak membayar nafkah wajib ke atas anak-anak saya adalah fitnah yang menjijikkan dan pelaku harus malu dengan penipuan.

    Demi mempertahankan dirinya daripada terus difitnah, Hafidz berkongsi beberapa transaksi bank membuktikan bahawa dia telah membayar nafkah kedua-dua anaknya iaitu Humairah dan Umar.

    Saya mempunyai keseluruhan bukti transaksi untuk bayaran nafkah anak yang sedia untuk digunakan dalam tindakan susulan.

    Saya dengan jelas ingin menyatakan saya sudah, masih membayar nafkah dan akan terus berusaha menambah nakfah wajib anak anak tanpa culas dan elak dari tertunggak.

    Sebelum ini, bekas isteri Hafidz iaitu Shuhada Shukri mendedahkan tangkap layar perbualan berbaur lucah yang didakwa antara aktor itu bersama seorang wanita.

    Untuk rekod, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun disahkan bercerai pada 27 Julai lalu.

    Hafidz Roshdi kemudian berkahwin pula dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada Disember 2023.

    Hasil perkongsian hidup bersama Shuhada, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Jana Pendapatan Tambahan dengan Affiliate TikTok Shop dalam 11.11 & 12.12 Mega Sale!
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts