Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNafi Potong Usus Kerana Mahu IVF, Datin Alyah Miliki Ramai Anak Saudara...

    Nafi Potong Usus Kerana Mahu IVF, Datin Alyah Miliki Ramai Anak Saudara Untuk Dibela

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiap ahli keluarga mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap keluarga masing-masing. Seorang suami bertanggungjawab terhadap isterinya dan seorang bapa bertanggungjawab terhadap anak-anaknya.  Seorang ibu pula mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap anak-anaknya. Begitu juga hubungan melibatkan adik-beradik yang diikat dengan hubungan darah.

    Bahkan, amat penting untuk menjaga kebajikan ahli keluarga terlebih dahulu berbanding orang lain. Jika melihat dari sudut positif bagi mereka yang belum dikurniakan zuriat, amat digalakkan untuk menjaga atau mengambil anak angkat daripada adik-beradik terdekat.

    Berbahas soal ini, biarpun masih berusaha untuk mendapatkan zuriat, aktres ini tidak terburu-buru dan hanya berserah kepada rezeki Allah.

    Penyanyi Datin Alyah menangkis dakwaan melakukan pembedahan bariatrik disebabkan mahu menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat.

    Pemilik nama lengkap Noor Hasliah Abu Hasan itu berkata, prosedur yang dijalani pada Mac tahun lalu lebih kepada ingin kembali cergas selepas berdepan pelbagai masalah kesihatan berikutan isu berat badannya.

    “Saya tahu ini jawapan klise, tiada kaitan langsung dengan IVF sebab soal zuriat saya sudah serahkan kepada Allah SWT, dia adalah sebaik-baik perancang.

    “Semuanya disebabkan gastrik kerana diet berpanjangan memandangkan sebelum ini saya dah ikhtiar macam-macam termasuk ambil ubat kurus, diet dan bersenam.

    Enggan lagi soal zuriat dijadikan bahan cerita, isteri kepada maestro muzik Datuk Ramli MS itu mengakui tetap bahagia melayari kehidupan berdua.

    Malah, dia yang dikurniakan ramai anak saudara termasuk cahaya mata arwah abangnya serta mempunyai saudara terdekat yang perlu diberi perhatian menganggap setiap perkara perlu dilihat dari sudut positif.

    “Saya punya adik-beradik ramai dan tiada seorang pun bermasalah mendapatkan zuriat, tapi apabila saya mengikuti perkongsian Ustaz Wadi, beliau mengatakan sama ada dapat anak atau tidak, dua-dua juga rezeki.

    Alyah, 42, dan Ramli MS, 65, mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013. Menerusi perkahwinan terdahulu, suaminya dikurniakan dua cahaya mata yang kini sudah meningkat dewasa.

    ALSO READ:  “Mereka Tidak Begitu Bijak”- Jeslina Hashim Beri Nasihat Buat Ning Baizura
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts