Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNahas Helikopter Terhempas, Kementerian Pertahanan Pertimbang Semula Penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

    Nahas Helikopter Terhempas, Kementerian Pertahanan Pertimbang Semula Penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pagi tadi, dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.

    Berikutan insiden tersebut, Kementerian Pertahanan akan mempertimbangkan semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, yang dijangka berlangsung Sabtu ini.

    Rasa dukacita

    Memetik laporan Harian Metro, tragedi tersebut telah mengorbankan 10 mangsa dalam kejadian di Kem TLDM Lumut, Perak, hari ini.

    Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pihaknya berdukacita dengan tragedi yang menimpa 10 pegawai kanan dan anggota lain-lain pangkat TLDM terbabit.

    Pihak kementerian dukacita dengan maklumat kami terima membabitkan dua helikopter terhempas semasa raptai menyambut ulang tahun ke-90 TLDM yang bakal disambut pada 27 April ini.

    Perasaan dukacita kita terhadap kejadian ini yang menimpa semasa latihan raptai buat kali ketiga untuk persiapan atur cara sambutan itu.

    “Kita akan mempertimbangkan semula acara ini (sambutan ulang tahun terbabit) memandangkan ia sudah disusun oleh TLDM.

    Tambah Khaled, pihaknya akan menyiapkan laporan interim berhubung kejadian tersebut dalam masa terdekat.

    Kita akan cuba siapkan laporan itu (interim) secepat mungkin tetapi ia mungkin akan ambil masa.

    Setakat ini, kita belum lagi mendapat maklumat individu lain yang cedera dalam kejadian itu (susulan serpihan helikopter di kawasan berhampiran).

    Difahamkan sebuah helikopter terhempas di kawasan kolam renang, manakala sebuah lagi helikopter terhempas di kawasan stadium.

    Dalam kejadian itu, kesemua 10 krew berusia bawah 40-an di dalam kedua-dua helikopter berkenaan disahkan meninggal dunia dan dihantar ke (Jabatan Perubatan Forensik) Hospital Angkatan Pangkalan TLDM Lumut.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  [VIDEO] Mia Nasir Diserang Anjing Ketika ‘Shooting’, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen-“Bahaya La!…”
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts