Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNaim Daniel Bengang, Selebriti Buat Podcast Merepek Sepatutnya Lebih Bertanggungjawab

    Naim Daniel Bengang, Selebriti Buat Podcast Merepek Sepatutnya Lebih Bertanggungjawab

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini, kenyataan penyanyi dan segelintir pempengaruh menerusi siaran podcast berkenaan keperluan pergi kesekolah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

    Naim Daniel Kesal

    Dalam pada itu, penyanyi dan pelakon, Naim Daniel kesal dengan tindakan sesetengah selebriti dan pempengaruh yang mengeluarkan kenyataantersebut dan boleh mengelirukan dalam media sosial.

    Menurut BHarian, Naim berkata, mereka yang mempunyai pengaruh sepatutnya menggunakan platform itu untuk menyalurkan informasi yang boleh memberi manfaat kepada pengikut, bukannya mengeluarkan kenyataan merapu.

    Mesti Bertanggungjawab

    via Instagram Naim Daniel

    Bagi Naim, sebagai pempengaruh dan juga selebriti mahupun golongan yang memberikan pendapat, individu tersebut mestilah bertanggungjawab dengan setiap apa yang disampaikan.

    Bagi saya, kita harus bertanggungjawab atas apa yang disampaikan. Saya rasa sepatutnya podcast ini kena ada tapisan.

    Malah Naim juga mencadangkan agar siaran podcast ini sepatutnya perlukan tapisan terlebih dahulu sebelum disiarkan kepada umum.

    Apa sahaja isu boleh nak dibahaskan, tapi dengan siapa yang dirujuk itu penting. Contohnya, kalau orang nak borak tentang kapal selam takkan nak panggil saya?

    Menyelar Kenyataan Pempengaruh

    Naim yang sebelum ini pernah menyelar kenyataan pempengaruh yang menganggap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak penting di platform X hingga dikecam netizen.

    Atas kejadian tersebut, salah seorang selebriti yang dikecam netizen adalah As’ad Motawh. As’ad Motawh turut membetulkan dakwaan yang mengatakan dia pernah kata tidak perlu ke sekolah kerana membuang masa.

    Malah dia turut menyatakan bahawa dia tidak pernah keluarkan kenyataan itu dan cuma beri pendapat peribadinya mengenai topik ‘homeschooling’.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts