Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNaim Daniel Digelar Kafir Selepas Titip Nasihat Mengenai ‘Blockout 2024’?

    Naim Daniel Digelar Kafir Selepas Titip Nasihat Mengenai ‘Blockout 2024’?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hanya kerana menitipkan pesanan agar tidak terlalu melampau dalam ‘memboikot’, pelakon dan penyanyi, Naim Daniel teruk dicaci dan diugut oleh segelintir netizen di media sosial.

    “Ini kalau jumpa mak pak kau, aku sembelih hidup-hidup.”

    “Hai orang kafir.”

    “Dasar liberal, nanti kau mati minta tolong dengan zionis tu faham.”

    “Ew tak pernah berkenan dengan mamat ni.”

    “Dalam masa yang sama dia pun golongan terpaling Israel.”

    “Aura liberal dah meresap.”

    “Terangkan Kepada Saya Apakah Dihalalkan Untuk Mengugut, Menghina…”

    Berikut adalah antara kata-kata kesat yang dilemparkan oleh netizen terhadap Naim Daniel tanpa usul periksa atas nama boikot.

    “Jika ini adalah sebahagian daripada cara untuk #blockout2024 maka terangkan kepada saya apakah diHALALKAN untuk mengugut, menghina, memfitnah, mencaci maki tanpa usul periksa atas nama boikot?

    Alhamdulillah, saya dibesarkan dalam keluarga yang penyayang, menerapkan nilai-nilai Islam dan empati sesama manusia, hubungan sesama alam juga manusia.”-tulis Naim

    View this post on Instagram

    A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

    Tidak Pernah Menerima Tajaan Jenama Yang Menyokong Rejim Zionis

    Tambah Naim, dia tidak pernah menidakkan kesengsaraan serta kezaliman saudara mara di Palestin serta menerima sebarang bentuk tajaan barangan mewah dari jenama yang menyokong rejim laknatullah.

    “Hanya kerana saya berpesan supaya jangan melampau dalam memboikot, sehingga perlu menghina perkara yang tidak ada kena mengena dengan perkara yang diboikotkan, saya berpesan supaya tidak bersifat “Ghuluw” atau melampau sehingga mampu mewujudkan cabang dosa dalam masa kita cuba melakukan sesuatu atas nama kebaikan.

    Saya dikatakan “terpaling”. Malah siap ada mereka mereka yang menyalah erti dan menggunakan naratif yang berbeza bagi menentang saya..”-tambah Naim

    Apa komen anda?

    ALSO READ:  ‘Abang Bas’ Buat Konten ‘Crush’ Budak Sekolah Ditahan Polis, Akaun TikTok Dengan 600,000 Pengikut Kena ‘Banned’



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts