Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNaim Daniel Kecewa Dihina, Diancam Netizen Sampai Libatkan Mak Bapak

    Naim Daniel Kecewa Dihina, Diancam Netizen Sampai Libatkan Mak Bapak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Naim DanielNaim Daniel

    Gara-gara memberi nasihat mengenai gerakan #Blockout2024, pelakon dan penyanyi Naim Daniel menerima ugutan serta kata-kata kesat yang dilemparkan daripada netizen.

    ‘Saya dikatakan “terpaling”’

    Naim DanielNaim Daniel

    Kecewa dengan sikap segelintir warganet, Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, berkata dia tidak pernah melupakan mengenai pergolakan yang sedang berlaku di bumi Palestin.

    Kata Naim, nasihatnya mengenai gerakan tersebut telah disalah erti oleh segelintir wargamaya.

    Jika ini adalah sebahagian daripada cara untuk #blockout2024 maka terangkan kepada saya apakah dihalalkan untuk mengugut, menghina, memfitnah, mencaci maki tanpa usul periksa atas nama boikot?

    Saya dididik penuh hikmah dan sopan oleh kedua orang tua saya yang juga beragama Islam. Saya tidak pernah menidakkan kesengsaraan mahupun kezaliman saudada mara sedarah seagama di Palestin sana.

    Hanya kerana saya berpesan supaya jangan melampau dalam memboikot, sehingga perlu menghina perkara yang tidak ada kena mengena dengan perkara yang diboikotkan.

    Saya berpesan supaya tidak bersifat melampau sehingga mampu mewujudkan cabang dosa dalam masa kita cuba melakukan sesuatu atas nama kebaikan. Saya dikatakan “terpaling”. Malah siap ada mereka mereka yang menyalah erti dan menggunakan naratif yang berbeza bagi menentang saya.

    Naim berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya beserta beberapa tangkapan skrin layar memaparkan kata-kata kesat yang diterima oleh netizen.

    Dalam hantaran sama, pelantun lagu Sumpah itu menegaskan dia tidak pernah menerima sebarang bentuk tajaan barangan jenama yang berkaitan Israel.

    Malah saya juga tidak pernah menerima sebarang bentuk tajaan barangan mewah dari jenama yang menyokong rejim laknatullah.

    Saya dilahirkan dengan kalimah Lailahaillallah ditelinga oleh orang tua saya dan semoga saya mati dalam kalimah agung ini kelak hendaknya.

    Jadi, terangkan kepada saya, apakah ini semua, yang baru dalam berapa dalam ribuan komentar yang saya dapat dalam masa dua hari ini, adalah halal atas dasar “boikot”?

    ALSO READ:  [VIDEO] Nasihat Dari Aina Abdul Buat Graduan Universiti, Curi Perhatian Ramai!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts