Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Tuesday, July 2, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentNaim Daniel Sesak Nafas Baca Komen Netizen, Syukur Tindakan Undang-Undang Beri Pengajaran...

    Naim Daniel Sesak Nafas Baca Komen Netizen, Syukur Tindakan Undang-Undang Beri Pengajaran – ‘Umur Nak Dekat 30 Tak Kuat Nak Baca’

    -

    Shopee CNY Sale


    Penyanyi dan pelakon Naim Daniel akui kesihatan mentalnya terganggu apabila sering menerima kecaman daripada netizen.

    Artikel berkaitan: Naim Daniel ‘Sekolahkan’ Lelaki Ugut Bunuh Ibu Bapa Selama Tiga Jam – ‘Dia Buat Sebab Terikut Dengan Orang Lain’

    Artikel berkaitan: ‘Semoga Kita Tak Berada Dalam Golongan ‘Terpaling’ – Naim Daniel Kena Kecam, Dituduh ‘Backup’ Rakan Artis?

    Sesak nafas baca komen

    Menurut Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin berkata, dia menguruskan sendiri media sosial miliknya dan membaca setiap komen netizen.

    Daripada dulu sampai sekarang kalau ada kecaman saya akan baca semua komen sebab saya rasa ia sebagai satu teguran daripada Allah.

    Mungkin juga netizen beri teguran adalah dengan cara yang keras sikit tapi saya faham dan terima. Saya tahu saya tak selalunya betul.

    Bila umur nak dekat 30 ni tak kuat dah nak baca. Ada satu hari tu, saya tengah baca komen kena sesak nafas secara tiba-tiba sampai bergetar tangan ‘Ya Allah aku ni memang jahat ke?’

    Dalam pada itu, Naim memberitahu tiada lagi komen yang tidak berasas selepas tindakan diambil.

    Sebenarnya kacau (mental) tapi bila didatangkan tugas kena kerja saya kena komited. Tapi bila dah buat tindakan undang-undang tersebut, barulah ada orang yang memahami situasi itu datang dan tak ada lagi orang yang komen benda pelik-pelik.

    Tambah Naim, dia turut bersyukur tindakan yang diambil memberi pengajaran kepada pengikut lain di media sosial.

    Saya pernah berdoa ‘Ya Allah, sekarang ada ramai orang nak buat kerja Engkau dalam media sosial ni, Engkau turunkan lah sorang yang melampaui batas untuk dijadikan pengajaran’ dan tiba-tiba mamat tu komen.

    Saya bersyukur dapat komen itu sebab sekurang-kurangnya ada contoh. Selepas itu terus tiada lagi orang bercakap macam-macam.

    Naim berkata demikian semasa ditemui di sesi sidang media I Can See Your Voice Malaysia Musim Ketujuh di ROM 8 Studio, Petaling Jaya, semalam.

    ALSO READ:  Pengemis Memperoleh RM500 Di Pasar Malam Dengan Menunjukkan 'Muka Simpati', Tetapi Terbongkar Memiliki Proton X70

    Terdahulu, Naim telah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lelaki yang meninggalkan komen berbaur ugutan bunuh buat kedua ibu bapanya.

    Lelaki tersebut telah ditahan reman selama empat hari di balai polis dan dibebaskan dengan ikat jamin.

    Komen tersebut diterima selepas Naim berkongsi pendapat tentang isu Blockout 2024 dalam kalangan artis.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,434FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts