Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNak Buat Pengeluaran KWSP Akaun 3 Lebih RM250 Sehari? Ini Cara Untuk...

    Nak Buat Pengeluaran KWSP Akaun 3 Lebih RM250 Sehari? Ini Cara Untuk Lengkapkan e-KYC

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Umum mengetahui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP ahli dan membenarkan ahli untuk mengeluarkan wang mereka dari akaun 3  (Fleksibel).

    Namun, KWSP telah meletakkan had maksimum pengeluaran melalui akaun fleksibel adalah RM250 sahaja sehari.

    e-KYC KWSP

    Oleh hal demikian, ahli yang ingin membuat pengeluaran wang melebihi RM250 (Akaun 3) perlu melalui proses e-KYC secara dalam talian atau mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari.

    Untuk pengetahuan semua, e-KYC adalah singkatan ‘electronic Know-Your-Customer’ yang merupakan satu proses pengesahan identiti secara elektronik melalui teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun. Proses ini diperlukan bagi memastikan kesahihan identiti pemohon ditentukan terlebih dahulu sebelum akaun KWSP ahli diaktifkan.

    Siapa perlu daftar e-KYC?

    1. Ahli yang tak pernah ada rekod pengeluaran
    2. Ahli yang baru kali pertama mohon pengeluaran
    3. Ahli yang mohon pengeluaran Akaun 3( Fleksibel) lebih dari RM 250
    4. Ahli yang buat penukaran nombor akaun bank selain daripada akaun bank yang ada dalam rekod data KWSP

    Adalah diingatkan, anda diminta untuk memuat naik gambar kad pengenalan di dalam sistem KWSP dan sekiranya gagal, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP untuk pengesahan cap jari.

    Bagaimana nak daftar e-KYC?

    1. Log Masuk ke i-Akaun KWSP dan klik bahagian ‘Pengeluaran’
    2. Kemudian pilih ‘Keluarkan Simpanan Anda’
    3. Pilih jenis pengeluaran ‘Akaun Fleksibel’
    4. Tetapkan jumlah yang ingin anda keluarkan
    5. Masukkan maklumat akaun bank dan sahkan butiran pengeluaran
    6. Sahkan perakuan pengeluaran
    7. Kemudian pilih ‘kaedah 1’ untuk membuat proses e-KYC

    Infografik oleh KWSP

    ALSO READ:  Noh Salleh Dakwa Mizz Nina Trauma Akibat Peluang Mati Lindungi Musa Ketika Dia Keluar Dating

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts