El Ocho Mexican Eatery dan MN Coffee dengan bangga mengumumkan pembukaan restoran dan kafe baru mereka di No 35, Jalan Kampung Hulu, Melaka. Terletak di lokasi strategik di tengah Bandaraya Melaka, restoran dan kafe ini menjadi tarikan gastronomi terbaru bagi pelancong dari dalam dan luar negara untuk menikmati hidangan Mexico dan pelbagai pilihan kopi yang menarik.
Menurut CEO dan pengasas Gula Cakery Group, Puan Arieni Ritzal, El Ocho Mexican Eatery menawarkan menu yang kaya dengan pelbagai pilihan seperti tacos, enchiladas, dan quesadillas, semuanya disediakan dengan bahan-bahan segar dan rempah asli. Restoran ini juga mempromosikan inklusiviti budaya, membolehkan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang menikmati masakan Mexico dalam suasana yang lebih selesa, serta merupakan kafe milik penuh Bumiputera dan halal.
Antara menu popular di El Ocho Mexican Eatery termasuk Pulled Beef Tacos, hidangan Mexico yang menawarkan tekstur lembut daging yang dimasak perlahan dan rasa yang kaya. Menu di restoran ini juga disesuaikan dengan citarasa tempatan untuk memenuhi selera pelanggan. MN Coffee pula menyajikan pelbagai pilihan kopi, dari espresso klasik hingga kreasi kopi khas lokal, dalam suasana yang nyaman dan dekorasi menarik.
El Ocho Mexican Eatery ditubuhkan selepas seorang cef di Gula Cakery Group menunjukkan kemahiran menyediakan hidangan Mexico. Dibuka secara rasmi pada 2022 di Setia Alam, Selangor, menu di restoran ini dihasilkan melalui proses R&D bersama team Gula Cakery.
Nama El Ocho merujuk kepada “Nombor 8” yang melambangkan gabungan lapan individu penting dalam team mereka. Bagi warga Melaka yang ingin menikmati hidangan Mexico yang halal, El Ocho Mexican Eatery adalah destinasi yang wajib dikunjungi.