Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNak Hari Raya Aidilfitri Lebih Barakah? Ini Antara Amalan Sunat Yang Boleh...

    Nak Hari Raya Aidilfitri Lebih Barakah? Ini Antara Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Selepas sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, kini tiba masanya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang juga merupakan hari kemenangan buat seluruh umat Islam.

    Amalan sunat Aidilfitri

    Selain disambut sebagai hari kegembiraan, Hari Raya Aidilfitri adalah hari dimana umat Islam menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT atas rahmat dan petunjukNya.

    Bagi mendapat keberkatan dalam menyambut perayaan ini, umat Islam hendaklah menghayati sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Antara amalan Aidilfitri yang boleh kita lakukan adalah seperti yang berikut:

    1. Menghidupkan malam Syawal

    Menghidupkan malam raya dengan beribadat kepada Allah s.w.t, seperti melakukan solat, berzikir, membaca al Quran, bertasbih, bertahmid, beristighfar dan sebagainya.

    2. Mandi sunat Aidilfitri

    Mandi sunat Hari Raya biasa diamalkan oleh Rasulullah SAW sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri. Diharuskan mandi bermula dari tengah malam manakala waktu yang disunatkan pula adalah selepas terbitnya fajar hingga terbenam matahari.

    3. Mengemaskan diri

    Mencukur bulu-bulu, mengetip/memotong kuku dan merapikan janggut.

    4. Berpakaian cantik

    Berpakain cantik bukan bermaksud pakaian yang baru, mahal atau mewah. Sebaliknya pilihlah pakaian yang paling indah mengikut kemampuan dan tidak membazir.

    5. Memakai haruman atau wangian

    Imam Syafie pernah berkata:

    Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.

    6. Sarapan

    Menjadi amalan sunah untuk makan dahulu sebelum mendirikan solat sunat Aidilfitri. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a berkata :

    Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak keluar pada pagi hari Raya Aidilfitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.

    7. Solat sunat Aidilfitri

    Solat hari raya Aidilfitri ialah sunat muakkad dan terdiri daripada dua rakaat. Lafaz niat solat sunat Aidilfitri ini adalah seperti yang berikut:

    Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Taala.

    Waktu solat hari raya adalah antara tempoh terbitnya matahari sehinggalah kepada tergelincirnya matahari atau secara mudahnya jam 8.00 pagi ke atas sehingga sebelum masuknya waktu solat zohor.

    ALSO READ:  “Isaac Nak Jadi Abang Dah”- Aiman Hakim & Zahira MacWilson Bakal Timang Anak Kedua Tahun Depan

    8. Memperbanyakkan takbir

    Bertakbir pada malam raya dan pagi raya di mana sahaja mereka berada (selain dalam tandas). Takbir Aidilfitri boleh dibacakan bermula dari terbenam matahari akhir Ramadan hingga sebelum menunaikan solat Hari Raya.

    9. Ziarah-menziarahi

    Menziarahi keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga bagi mengeratkan silaturhim.

    Hadis dari Nabi Muhammad SAW bermaksud:

    Barangsiapa yang suka untuk memperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya.” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

    10. Puasa sunat syawal (puasa 6)

    Puasa sunat atau lebih dikenali sebagai ‘puasa 6’ mempunyai banyak kelebihannya memiliki ganjaran hebat buat mereka yang melaksanakannya.

    Menurut sebuah hadis:

    Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.” – (Riwayat Muslim Ahmad Abu Daud Al Tarmizi Ibnu Majah

    Puasa enam hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan secara berselang-seli, berturut-turut atau mana-mana hari dalam bulan tersebut selain hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts