Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNak Jadi Artis Rakaman? Serlahkan Bakat Terpendam Anda Di XTRA XSTAR

    Nak Jadi Artis Rakaman? Serlahkan Bakat Terpendam Anda Di XTRA XSTAR

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Berita baik buat semua! Portal hiburan XTRA kini melancarkan kempen pencarian bakat baharu dalam dunia nyanyian secara digital, XTRA XSTAR.

    XTRA XSTAR cungkil bakat baharu

    Kempen XTRA XSTAR ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada para bakat muda di Malaysia untuk mengetengahkan kebolehan dan bakat mereka dalam bidang nyanyian melalui platform media sosial.

    Perkembangan teknologi dan media sosial tanpa sempadan ini secara tidak langsung membuka ruang kepada mereka untuk mengetengahkan bakat.

    Menurut Pengurus Kempen XTRA XSTAR merangkap Ketua Editor XTRA, Muhammad Kamaruddin Mohd Razal, pencarian bakat secara digital ini dijangka menarik minat ramai peserta yang bercita-cita tinggi untuk mencipta nama dalam industri muzik tanah air.

    Menerusi XTRA XSTAR, kami membuka peluang untuk semua pihak yang berbakat dan berminat untuk menjadi penyanyi. Menggunakan ruang digital seperti TikTok yang mempunyai pendekatan inovatif memberikan peluang kepada peserta untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam menyampaikan persembahan nyanyian yang unik dan menarik.

    Peserta tanpa mengira umur serta bangsa boleh menghantar penyertaan mereka bermula pada 2 September 2024.

    Cara-cara mudah untuk menyertai XTRA XSTAR:

    1. Rakam video nyanyian anda di TikTok. Pastikan akaun anda berada dalam tetapan umum.
    2. Sertakan hashtag #XTRAXSTAR2024
    3. Tiada had umur! Semua orang boleh sertai XTRA XSTAR
    4. Pastikan anda tidak mempunyai mana-mana kontrak dengan sebarang syarikat rakaman dan pengurusan.
    5. Sebanyak 20 peserta bakal dipilih untuk ke peringkat seterusnya.

    Para peserta akan dinilai berdasarkan kreativiti, kualiti vokal dan keunikan persembahan mereka oleh panel juri yang terdiri daripada selebriti terkenal serta penggiat industri muzik tanah air.

    Selain itu, peminat juga berpeluang untuk menyokong peserta kegemaran mereka di pusingan Top 20 melalui undian yang akan dijalankan di portal XTRA dan lima peserta Top 5 dengan undian tertinggi bakal melangkah ke pusingan akhir.

    ALSO READ:  Penemuan Mayat Lelaki 51 Tahun di Dalam Rumah Bongkar Misteri Bau Busuk

    Pemenang XTRA XSTAR bukan sahaja akan menerima gelaran juara, tetapi juga berpeluang untuk menerima hadiah berupa kontrak rakaman dan pengurusan bersama Alternate Records & Talents. Pemenang juga akan mendapat peluang untuk muncul dalam pelbagai platform media yang dikendalikan oleh XTRA dan platform Media Prima, termasuk wawancara eksklusif dan liputan media meluas.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,250FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts