Pelakon, Rita Rudaini tampil memberikan responnya mengenai satu program yang ketika ini sedang hangat menjadi perbualan wargamaya media sosial.
Kena cerdik jadi ‘influencer’
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar berpendapat, pempengaruh yang menjadi ‘mastermind’ kepada program tersebut sewajarnya lebih cakna dengan program berkenaan kerana melibatkan pergaulan lelaki dan perempuan.
Buat program nak tiru barat, sedar diri sikit dik.
Diorang itu bukan Islam, tak apalah nak duduk satu rumah.
Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Mami Jarum’ ini turut mempertikaikan tindakan ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka untuk terlibat dengan program tersebut.
Yang mak bapak pun hantar anak ke program macam itu. Apa ada dalam kepala otak mereka?
‘Teladan’ celah mana? Nak jadi ‘influencer’ pun kena cerdik, nak jadi mak ayah pun kena cerdik. Bukan senang nak jadi mak ayah.
Di akhir hantaran, pelakon berusia 48 tahun ini menasihati orang ramai untuk menggunakan platform media sosial dengan cara yang betul.
Meskipun tidak menyebut nama program berkenaan namun, difahamkan Rita memuat naik hantaran tersebut bagi menegur program yang diberi nama ‘Hero Teladan’.
Terdahulu, program yang diberi nama Hero Teladan dikecam gara-gara peserta lelaki dan perempuan ditempatkan di sebuah rumah yang sama.
Program tersebut merupakan sebuah program cabaran di mana para peserta ditempatkan di dalam sebuah rumah yang dipenuhi kamera untuk mengawasi mereka selama 77 hari. Peserta yang mampu bertahan akan memenangi wang sebanyak RM40,000.