Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNak Melaram Dengan Kaca Mata ‘Jennie’ Gentle Monster, Pergi Je Ke TRX...

    Nak Melaram Dengan Kaca Mata ‘Jennie’ Gentle Monster, Pergi Je Ke TRX Mall

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nampaknya warga Kuala Lumpur sakan memenuhi ruang pusat membeli-belah yang baru, The Exchange TRX. Bukan biasa-biasa, pusat membeli-belah ini digelar ‘kayangan’ kerana jenama-jenama yang memenuhi ruang adalah jenama mewah.

    Salah satu jenama yang paling ramai teruja adalah Gentle Monster. Terkenal dengan rekaan kaca mata terkini yang versatil kelahiran Korea Selatan, tak hairanlah ramai yang mahu melihat sendiri butik tersebut.

    Foto – Gentle Monster

    Sebut saja nama Gentle Monster, terus teringat akan Blackpink Jennie, malah beberapa koleksi kolaborasi bersama. Agaknya masih ada lagi ke koleksi kolaborasi yang direka sendiri oleh Jennie?

    Ditubuhkan pada 2011 oleh Hankook Kim, pengasas ini mendedahkan terdapat jurang dalam industri kaca mata. Dia mendapati kaca mata sedia ada direka untuk ciri-ciri wajah Barat.

    Foto – Gentle Monster

    Menyedari bahawa orang Korea Selatan cenderung mempunyai wajah yang lebih kecil, dia melihat peluang ini di pasaran. Dengan mencipta kaca mata bersaiz besar dengan hidung kecil, dia menyesuaikan produknya dengan keperluan khusus asas pelanggan.

    Jenama mewah ini telah meluaskan empayar dengan membuka banyak kedai di luar negara, antaranya AS, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Jepun, Thailand, Filipina dan UK.

    View this post on Instagram

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts