Min yakin ramai dikalangan korang yang berminat nak melabur tapi tak tahu nak mula dari mana, betul tak?
Walaupun, di luar sana dah ramai yang ajar cara nak membuat pelaburan namun fokus kebanyakan daripada mereka adalah mengenai pemilihan broker yang bagus, caj murah dan pelbagai istilah-istilah yang korang sendiri pun tak faham sehingga boleh menyebabkan minat nak melabur tu jadi hilang.
Kalau korang nak tahu, sebenarnya perkara paling penting yang perlu korang pertimbangkan sebelum membuat pelaburan ialah portfolio syarikat atau jenama yang korang nak melabur tu.
Pilih syarikat dan jenama yang dekat dengan korang!
Akan tetapi korang perlu ingat dalam dunia pelaburan tiada mana-mana syarikat yang mampu menjanjikan keuntungan mutlak tetapi dengan memilih syarikat atau jenama yang kita tahu akan membuat kita lebih yakin untuk melabur tanpa perlu mengambil risiko besar dengan membuat pelaburan pada syarikat yang tidak dikenali.
Jika korang berminat nak buat pelaburan di peringkat antarabangsa, korang boleh pertimbangkan syarikat dan jenama yang korang biasa dengar seperti Apple, Meta, Netflix, Amazon dan Tesla.
Hal ini kerana, syarikat-syarikat dan jenama ini sangat kukuh dan terkenal. Selain itu, mereka juga sentiasa menambah baik produk, teknologi dan perkhidmatan mereka mengikut perkembangan masa dan trend.
Di Malaysia pula, kita ada banyak pilihan bank-bank besar seperti Maybank dan Public Bank yang tersenarai di bursa saham serta memiliki ramai pelanggan selain sudah kukuh dalam pasaran. Tak ketinggalan juga peruncit-peruncit yang semakin popular seperti 99 Speedmart, MR DIY dan Padini.
Lebih menarik lagi, Oriental Kopi juga telah disenaraikan ke dalam bursa saham baru-baru ini.
Ini merupakan sebahagian peluang pelaburan yang boleh korang terokai jika berminat membuat pelaburan.
Kesimpulannya, memulakan pelaburan tak susah.
Bagi korang yang nak mulakan pelaburan di pasaran Amerika Syarikat (USA) atau Malaysia, korang boleh gunakan perkhidmatan Webull.
Webull menawarkan caj dagangan yang sangat rendah iaitu 0 komisyen bagi 90 hari pertama korang melabur. Ini termasuk pelaburan dalam negara dan USA.
Selepas itu, barulah korang akan dikenakan 0.025% kadar komisyen bagi pelaburan USA. Untuk dagangan MY pulak adalah pada 0.08%.
Di Webull, korang akan mengalami pengalaman dagangan yang mudah dan intuitif, sesuai untuk pelabur baru yang mungkin masih dalam proses belajar.
Bukan itu sahaja, Webull juga menyediakan pelbagai tools termasuk grafik untuk memudahkan korang menganalisis pasaran sebelum membuat pelaburan.
Ada banyak pilihan syarikat atau jenama diluar sana, oleh itu korang perlu perhatikan potensi dan perkembangan syarikat atau jenama tersebut sebelum korang memulakan pelaburan.
Bagaimana korang nak melihat potensi sesebuah syarikat dan jenama tersebut?
Caranya mudah sangat, korang cuma perlu lihat lingkungan persekitaran korang. Lihat jenama dan syarikat yang korang biasa guna perkhidmatan atau beli barangannya. Ini akan memberi sedikit gambaran mengenai potensi dan perkembangan syarikat tersebut.
Misalnya korang pakai Apple Watch, korang mesti dah tahu apa Apple buat, betul tak?
Andai kata korang pernah buat iklan di Meta (Facebook, Instagram) atau gunakan platform Meta untuk aktiviti sosial, korang secara tak langsung dah ada gambaran kasar tentang macam mana bisnes Meta berfungsi.
Begitu juga dengan Google. Korang guna Google setiap hari untuk buat carian, YouTube dan banyak lagi, jadi ini menjadikan syarikat-syarikat ini sebagai salah satu syarikat yang berpotensi dan berbaloi untuk korang melabur.
Pastikan korang pilih syarikat yang betul untuk memulakan pelaburan. Sebagai newbie elakkan melabur dalam syarikat yang terlalu kompleks atau syarikat yang menggunakan teknologi yang korang tak tahu pun.
Suka min ingatkan kajian tetap perlu dilakukan walaupun korang dah familiar dengan jenama dan syarikat yang korang nak melabur. Kita tak nak buat pelaburan secara membabi-buta. Hal ini kerana, perubahan pasaran berada diluar kawalan kita.
Min juga galakkan korang semak laporan kewangan syarikat, trend pasaran,dan perkembangan terbaru dalam industri yang berkaitan. Dengan cara ini, korang dapat membuat keputusan yang lebih tepat sebelum membuat pelaburan.
Jangan sesekali letak semua pelaburan dalam satu syarikat atau satu jenis aset. Sebagai pelabur bijak, korang perlu mempelbagaikan portfolio korang. Jadi, kalau satu syarikat jatuh, korang masih ada peluang dengan pelaburan lain.
Suka min ingatkan kajian tetap perlu dilakukan walaupun korang dah familiar dengan jenama dan syarikat yang korang nak melabur. Kita tak nak buat pelaburan secara membabi-buta. Hal ini kerana, perubahan pasaran berada diluar kawalan kita.
Min juga galakkan korang semak laporan kewangan syarikat, trend pasaran,dan perkembangan terbaru dalam industri yang berkaitan. Dengan cara ini, korang dapat membuat keputusan yang lebih tepat sebelum membuat pelaburan.
Jangan sesekali letak semua pelaburan dalam satu syarikat atau satu jenis aset. Sebagai pelabur bijak, korang perlu mempelbagaikan portfolio korang. Jadi, kalau satu syarikat jatuh, korang masih ada peluang dengan pelaburan lain.
Mulakan pelaburan pertama di Webull- mudah, caj murah & banyak keistimewaan lain!
Nikmati promosi kaw-kaw Januari ini!
Sempena bulan Januari 2025, Webull ada menawarkan promosi khas untuk korang semua. Maklumat lanjut mengenai promosi dan cara untuk mendaftar boleh korang semak di SINI.
Layari untuk mendapatkan harga terkini sebelum membuat pembelian.
Jom mulakan pelaburan bersama Webull sekarang, ini lah peluang korang untuk memulakan pelaburan dengan bijak, mudah dan murah.