Penyanyi Shila Amzah menyarankan pihak berwajib untuk menyelaraskan harga lesen kenderaan yang didakwa berbeza di kawasan bandar dan luar bandar.
Artikel berkaitan: Shila Amzah Bagi Nasihat Pada Individu Yang Dilayan Buruk Oleh Ibu Bapa – ‘Buat Hal Sendiri Je, Tapi Tetap Treat Dengan Ihsan’
Artikel berkaitan: Shila Amzah Buat Aduan Pada SPAD, Dakwa Pemandu Lori Memandu Secara Merbahaya
Wajib ambil lesen kereta
Saya ambil lesen sebelum saya ada kereta. Praktis lah dekat kereta Ubai dulu. Lesen ni penting sangat-sangat.
Untuk kemahiran kehidupan, ada kereta ke tak ada sekurang-kurangnya tahu bawak kereta dan ada lesen kalau ada emergency ke apa-apa.
Pihak berkuasa perlu buat pemantauan
Tapi tulah eh, harga lesen sekarang melampau betul.
Macam harga barang dekat pasar ada lah pantauan daripada pihak berwajib ke apa. Ni harga lesen ikut tempat, bandar je lagi mahal. Sampai nak RM3000 pun ada. Nak murah kena pergi luar bandar.
Harap-harap pihak berwajib kena tetapkan lah harga lesen ni biar kita tak diambil kesempatan. Semua pun adil dan saksama.