Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Nak Niaga, Usaha Sendiri!” – Isu Sambal Khairul Aming Kena Ciplak, Fadzil...

    “Nak Niaga, Usaha Sendiri!” – Isu Sambal Khairul Aming Kena Ciplak, Fadzil Zahari Beri Teguran Tegas Buat Peniru

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini kecoh di media sosial seorang peniaga menjual ‘Sambal Nyet Khairi’ dengan menggunakan bungkusan dan pemasaran yang hampir sama seperti produk Khairul Aming.

    Mengambil Tindikan Kepada Peniru

    Netizen dengan lantas menggesa Khairul Aming agar mengambil tindakan segera susulan ramai yang terpedaya menganggap sambal tersebut adalah produk pempengaruh itu.

    Akhirnya Khairul Aming telah mengeluarkan kenyataan melalui satu video yang dimuat naik di media sosial dan menyatakan telah mengambil tindakan gara-gara menciplak hampir 90 peratus bungkusan Sambal Nyet yang dijualnya sejak tiga tahun lepas.

    Lapan Tuntutan Oleh Khairul Aming

    via BH Online

    Katanya, setelah mengenalpasti peniaga tersebut, peguamnya telah menghantar Notis Tuntutan (Letter of Demand) atas pelanggaran hak harta intelek dan penghapusan (passing off).

    Tambah Khairul Aming, terdapat lapan tuntutan yang disenaraikan dalam ‘Letter of Demand’ tersebut dan jika peniaga berkenaan gagal penuhi kesemuanya, kes akan dibawa ke peringkat seterusnya.

    Fadzil Zahari Beri Teguran Tegas

    via Facebook Fadzil Zahari

    Atas kejadian tersebut, pelakon, penulis skrip dan penerbit Fadzil Zahari turut bersuara mengenai isu yang melibatkan Khairul Aming ini.

    Fadzil telah memuat naik satu gambar Khairul Aming yang diedit dengan meletakkan muka dan dimuat naik di media sosial.

    Tak baik buat Khairi Aming camni.. nak niaga usaha sendiri la pikiaq sendiri idea sendiri, sedap ja nak ciplak orang

    Tulisnya, tindakan meniru dan menciplak idea yang telah diusahakan oleh Khairul Aming untuk sambalnya adalah sesuatu perbuatan yang tidak baik.

    Tambahnya lagi, sekiranya individu tersebut ingin berniaga, individu tersebut perlu usaha dan berfikir sendiri dan elakkan daripada menciplak usaha orang lain.

    Komen tersebut mendapat perhatian dari ramai netizen. Ramai yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Fadzil tersebut.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts