Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentNak Tukar Angin Dari K-Drama? Jom Layan C-Drama Pula, Wajib Tengok Fox...

    Nak Tukar Angin Dari K-Drama? Jom Layan C-Drama Pula, Wajib Tengok Fox Spirit Matchmaker!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sekali-sekala nak juga rasanya berubah angin daripada menonton K-drama kan? Di media sosial ramai yang cakap C-drama tak kurang hebatnya, tengah ‘in’ dengan barisan pelakon yang sama kacak dan cantik macam oppa dan unnie Korea juga.

    Antara siri yang sedang dinanti-nantikan peminat C-drama dan wajib untuk korang tonton adalah Fox Spirit Matchmaker: Red-Moon Pact!

    Fox Spirit Matchmaker: Red-Moon Pact! gandingkan Yang Mi & Gong Jun

    Fox Spirit Matchmaker: Red-Moon Pact menampilkan nama-nama hebat sebagai watak utama seperti Yang Mi, Gong Jun, Guo Xiaoting, Wei Zheming, Hu Lianxin dan Wen Zhengrong.

    Haa.. Peminat C-drama mesti dah teruja bila dengar nama-nama pelakon ini kan? Berdasarkan pilihan pelakon je kita dah boleh agak jalan cerita dan aksi dalam Fox Spirit Matchmaker: Red-Moon Pact mesti power gila!

    Paling dinanti-nantikan ramai adalah penampilan Yang Mi yang buat julung kalinya kembali membintangi drama bergenre fantasi selepas “Eternal Love” ditayangkan bertahun-tahun lalu.

    Kali ini Yang Mi membawakan watak ‘Tu Shan Hong Hong’ sebuah karakter yang direka khusus untuknya. Setiap pergerakan dan percakapan watak ini bakal mempamerkan daya tarikan dan karisma tersendiri Yang Mi.

    Bakal ditayangkan di IQIYI pada hari ini, 23 Mei

    Karya yang diadaptasi daripada manhua and donghua popular ini bakal menemui penonton pada hari ini, 23 Mei!. Dengarnya ramai yang dah tak sabar sebab siri Fox Spirit Matchmaker: Red-Moon Pact diumumkan sekitar dua tahun lalu, haa akhirnya penantian korang bakal berakhir!

    Mengangkat kisah cinta oriental fantasi sebagai tema utama, korang akan dibawa ke menyelusuri kisah hidup Tushan Honghong (Yang Mi), roh musang daripada puak musang Tushan.

    ALSO READ:  Shera Aiyob Berjaya Selamat Jalani Pembedahan untuk Buang 'Cyst' Sebesar 8CM Setelah Mengalami Sakit Perut yang Teramat dan Kesukaran Bernafas

    Tushan Honghong menyelamatkan Dongfang Yuechu seorang manusia yang dalam pelarian. Semenjak itu, mereka banyak menghabiskan masa bersama sehingga timbul bibit-bibit cinta. 

    Tapi.. Musang dengan manusia macam mustahil untuk hidup bersama kan? Kalau nak tahu, korang kenalah tengok sendiri.

    Macam mana agaknya dua entiti berbeza mampu mengorbankan kepentingan diri dan menentang kuasa jahat demi keamanan diantara puak-puak mereka?

    Walaupun ada 38 episod, tapi jalan cerita yang menarik dengan rekaan kostum yang super cantik akan buatkan korang tak sabar-sabar nak tengok episod seterusnya tau! Bila dah mula layan drama ni, pejam celik sekejap je dah habis satu siri :((

    Tapi korang jangan sedih kalau dah habis siri ini, sebab.. Ada lagi dua bab daripada siri sama akan keluar tak lama lagi! Menampilkan cerita yang saling berkaitan dengan watak digaris masa berbeza, nantikan Love in Pavilion dan Sword and Beloved yang akan keluar hujung tahun nanti!

    Muat turun IQIYI untuk tontonan percuma!

    Istimewa untuk korang! IQIYI tawarkan tontonan percuma melalui aplikasi mereka yang boleh dimuat turun melaluiApp Store dan Google Play Store atau klik di SINI.

    Di IQIYI juga tersedia ribuan pilihan drama, filem dan anime daripada seluruh dunia untuk korang strim dimana-mana sahaja! Jadi, tunggu apa lagi jom muat turun sekarang!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts