Pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan ramai artis yang suka menunjuk kemewahan sehingga menjadi ikutan pengikut mereka.
Artikel berkaitan: Wajah Nampak Lain Buat Netizen Terpukau, Rupanya Ini Rawatan Zarina Anjoulie Buat!
Artikel berkaitan: ‘Ambil Aku Jadi DJ Radio, Aku Ni Janda Sendu’ – Zarina Anjoulie Janji Berikan Khidmat Terbaik
Ramai artis bankrap
Menerusi temu bual di Astro Gempak, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata, kebanyakan artis sanggup membuat pinjaman demi menunjuk mereka hidup mewah.
Ramai artis dekat Malaysia ni nak tunjuk benda yang tak ada. Tak mengapa, saya pun tak kaya, ada masa saya pun tak ada duit. Tak mengapa sebab realitinya artis kita memang banyak tak buat duit.
Banyak artis yang nak tunjuk imej mereka kaya tapi saya tahu berapa ramai yang bankrap.
Dalam pada itu, Anju memberitahu ramai pengikut-pengikut di media sosial yang terpengaruh dengan cara tersebut.
Secara tak langsung, followers pun terikut-ikut gaya hidup macam itu. Sanggup hutang Ah Long semata-mata untuk kononnya hidup mewah.
Mereka tak faham yang artis ni banyak hutang Ah Long, banyak pinjaman dan sebagainya. Kenapa nak jadi macam mereka?
Tak mengapa kalau awak artis bawa Myvi. Banyak saya nampak pengikut di media sosial, mereka tidak hidup dengan cara ‘mengukur baju di badan sendiri’ mereka cuba nak jadi macam itu.